[KONGSI CERITA] ISTERI KURANG GHAIRAH SELEPAS LAHIR ANAK KEDUA

isteri kurang ghairah selepas lahir anak kedua

Masalah isteri kurang ghairah selepas melahirkan anak ini merupakan sesuatu yang biasa. Ini dibuktikan apabila 70% lelaki yang sudah berkahwin menghubungi kami berceritakan tentang masalah ini. Walaupun pelbagai ayat yang digunakan seperti dingin seks, isteri sering menolak hubungan kelamin, isteri selalu bagi alasan penat dan lain-lain, akhirnya ia menjurus ke arah sama iaitu selepas isteri melahirkan anak, sikapnya atau keghairahannya terhadap seks berkurang. Dan ini menjadi satu masalah besar bagi kaum lelaki.

Sebelum kita kongsi tentang kisah pelanggan kami, elok lah kita bincangkan terlebih dahulu apakah diantara masalah yang selalunya menjadi penyebab utama isteri sering menolak untuk melakukan hubungan seks dengan suami dan solusinya. Kemudian kita lihat pula apakah impaknya kepada suami dan institusi rumah tangga seperti mana yang telah dikongsikan oleh rakan pelanggan kami sebelum ini.

Antara sebab utama kenapa isteri yang telah melahirkan anak lebih dari 2 orang selalu menolak untuk melakukan hubungan kelamin bersama suami

seks

Isteri terlalu penat menguruskan rumahtangga

Ini merupakan alasan utama yang menyebabkan sering isteri menolak permintaan anda untuk melakukan hubungan seks suami isteri. Bayangkanlah tuan-tuan anak seorang pun sudah penat, inikan pula lebih dari seorang. Kerja-kerja menguruskan rumahtangga bukanlah sesuatu yang mudah. Cuba anda gantikan tempat anda di tempat isteri, sudah pasti anda menyesal dan tak akan sanggup untuk menjadi isteri lagi. Penat tuan-tuan.

Kalaulah dalam kepenatan pun dia masih dapat melayan anda pada waktu malam, itulah pengorbanan paling besar. Hargailah dia sepenuh hati.

Solusi: Bantulah isteri anda. Kalau tak dapat bantu, bantulah dengan memahami keadaan mereka. Beri peluang dan sesekali bagi mereka berehat. Perkara paling mudah, beritahu mereka tak perlu memasak, order grab sahaja. Mungkin mereka sendiri tidak faham atau perkara itu terlalu kecil untuk mereka, sekurang-kurangnya kita cuba untuk kurangkan kepenatan mereka.

Isteri terlalu marah atau tidak suka sikap anda

Mungkin juga disebabkan anda tidak faham dengan situasi mereka yang selalu penat itu, maka perasaan marah itu disimpan sahaja didalam hati mereka. Yes, betul kita dah cuba yang terbaik untuk faham dan sudah buat sesuatu untuk membantu tetapi orang perempuan ini biasanya berfikir menggunakan emosi. Sebab itulah lelaki sering merasakan yang mereka telah melakukan yang terbaik untuk isterinya, akan tetapi isterinya seolah-olah tidak memahaminya. Ini biasa tuan-tuan.

Bersabarlah, perempuan memang macam itu. Dan disebabkan perasaan inilah juga, biasanya isteri selalu menolak untuk bersama anda. Bagaimana dia mahu menyerah dirinya pada anda ketika hati dan perasaan mereka marah terhadap anda? Dalam keadaan marah, nafsu isteri juga terganggu. Logik bukan?

Solusi: Sentiasa hargai mereka sepenuh hati anda. Pujuk mereka dengan hadiah dan kejutan. Jika tidak berkemampuan, usahalah semampu boleh. Effort kena ada tuan-tuan, walaupun perempuan bukan kisah pun pasal effort kan. Tapi inshaaAllah lama-lama dia sedar yang suaminya itu mengambil berat dan menghargainya.

Emosi mereka tidak stabil

Emosi inilah yang mempengaruhi segalanya. Tidak kiralah disebabkan apa sekalipun samaada dari sudut sains atau psikologi, apabila emosi mereka terganggu, masalah besar untuk anda. Ini seperti yang telah saya sebut sebelum ini, wanita berfikir menggunakan perasaan atau emosi mereka. Emosi inilah yang memainkan peranan penting dalam menentukan mood mereka ketika bersama anda. Mood baik, keputusan yang diambil biasanya baik dan menggembirakan anda, jika sebaliknya, bencanalah buat anda.

Solusi: Pastikan mereka sentiasa dalam keadaan tenang dan merasakan anda selalu bersama untuk mereka. Jika ini masalahnya, pheromone dari kedaipheromone.com mungkin boleh membantu anda. Jom baca lagi sampai habis untuk anda lebih faham bagaimana pheromone boleh tambah nilai kehidupan suami isteri anda.

isteri kurang ghairah

Apakah impak dari permasalahan ini buat suami dan juga rumahtangga anda?

Setiap masalah pasti ada impak yang perlu kita hadapi. Sebab itulah setiap permasalahan dalam rumahtangg perlu diselesaikan dengan cepat. Supaya ia tidak menjadi barah. Perlu diingatkan, jangan sekali-kali anggap sesuatu yang berlaku dalam rumahtangga itu kecil kerana permasalahan yang kecil ini jika ia menjadikan besar, memang susah untuk di selesaikan lagi.

Ia ibarat api yang sedang membakar sehelai kain. Walaupun api itu kecil, semakin lama ia akan membakar semakin banyak kain. Apabila lambat dipadamkan, ia sudah tidak boleh digunakan lagi. Tidak ada yang masih hendak guna kain yang sudah terbakar. Biasanya buang dan ganti yang baru sahaja jalan yang terbaik. Hati-hati dan selesaikan segala masalah secepat mungkin.

Mari kita lihat beberapa impak yang pernah dikongsi oleh pelanggan-pelanggan kami akibat masalah isterinya sudah kurang ghairah padanya lagi. Semoga ia menjadi pengajaran atau panduan buat kita semua.

[KONGSI CERITA] ISTERI KURANG GHAIRAH SELEPAS LAHIR ANAK KEDUA 1

Hari-hari bergaduh tanpa sebab

Bila air dah naik kepala, ada tempat ladang yang hendak dicurahkan, memang masalah besar untuk lelaki. Apa sahaja yang hendak dilakukan serba tak kena. Senang cerita, buat apa pun mesti tak menjadi. Akhirnya, emosi yang tersimpan ditukarkan kepada pergaduhan yang biasanya tanpa sebab yang kukuh. Perkara kecil pun boleh jadi gaduh.

Seperti yang diceritakan oleh salah seorang pelanggan kami, katanya dah macam budak kecil. Dia selalu bergaduh dengan isterinya sebab remote control, teh yang isterinya buat sejuk ( dia suka teh panas), makanan terlalu pedas dan lain-lain lagi. Kadang-kadang pergaduhan yang asalnya dari satu sebab yang kecil itu boleh membawa kepada ‘masam muka' sampai lebih dari satu hari. Kadang-kadang akan ok dengan sendirinya, kadang-kadang bertambah-tambah gaduh.

Mula-mula hairan sebab apa mereka selalu macam itu, rupa-rupanya bola difikirkan kembali, ini semua disebabkan oleh penolakan isteri bila diajak untuk menjalinkan hubungan kelamin. Walawei jangan cari pasal sis, sebab itu ja boleh jadi punca tau.. 

[KONGSI CERITA] ISTERI KURANG GHAIRAH SELEPAS LAHIR ANAK KEDUA 2

Ketagih porno dan masturbasi

Bila dah tak ada yang tolong buang, kena buat manual lah. Ini yang tak best dengar ni. Kalau sekali dua manual ok lagi lah. Tapi kalau dah selalu sangat menonton video lucah atau porno ini memang sesuatu yang tidak sihat. Bukan sahaja berdosa, malah boleh merosakkan fikiran kita.

Tetapi apa lagi jalan yang boleh diambil untuk mengelakkan daripada berlaku perkara lain yang tak diingini. Jalan paling mudah adalah dengan masturbasi. Inilah yang pernah dikongsikan oleh salah seorang pelanggan kami seketika dahulu bahawa sejak isterinya melahirkan anak ketiga, isteri sudah lama tidak melayan keinginan seksnya. Jadi dia selalu menonton porno dan masturbasi.

Lebih membimbangkan katanya sehinggakan kadang-kadang dia sudah tidak perlukan isterinya lagi. Dia sudah lagi tidak ‘minta' pada isterinya sebab dia sudah putus asa kerana sering ditolak dan lebih selesa dengan cara mudah.

Untuk pengetahuan anda, mengikut sains. Lelaki normal yang kerap tidak mengeluarkan air maninya jika ia terangsang atau rasa ingin melakukan hubungan seks berisiko tinggi untuk mendapat kanser testis. Disebabkan itu, di barat mereka akan masturbasi dan disalah faham sebagai jalan yang paling sihat selain membiarkannnya sahaja. Akan tetapi masturbasi adalah tidak sihat kerana ia boleh menyebabkan ‘performance' zakar anda ketika melakukan hubungan seks akan menurun.

Jadi elakkanlah masturbasi dan porno. cari solusi yang terbaik untuk menaikkan semula keghairahan rumahtangga anda itu.

suami-kaki-pukul

Suami agresif, kaki pukul

Apa yang lebih membimbangkan adalah apabila kenginan suami tidak dipenuhi, emosi suami sering terganggu. Ini menyebabkan suami bersikap agresif dan lebih teruk lagi jika sudah mula memukul. Suami kalau dah mula jadi kaki pukul, memang porak perandalah keluarga. Nauzubillahi min zalik. Semoga Allah lindung dan jauhkan dari berlaku pada keluarga kita.

Ini bukan rekaan kerana perkara ini pernah dikongsikan oleh pelanggan kami. Katanya emosinya sering terganggu dan akhirnya tidak tahu nak salurkan kemarahan itu dan tiba-tiba sahaja jadi panas baran dan memukul.

Mungkin ia bukanlah kaki pukul yang mendera seperti kes-kes yang biasa kita dengar. Tetapi ia sesuatu yang perlu dielakkan dan diubati secepat mungkin.

Menurutnya bila emosinya terganggu, dia kerap melepaskan tekanan dengan tindakan fizikal seperti menampar dan menumbuk. Pakej siap dengan maki makian. Perkara ini sudah tentu menyebabkan perkara-perkara lain yang lebih buruk lagi berlaku dalam keluarga. Nauzubillahi min zalik.

anak-anak-jadi-mangsa

Anak-anak jadi mangsa

Anak-anak yang tidak bersalah biasanya menjadi mangsa di tengah-tengah pergaduhan ibu dan bapa mereka. Kasihanilah mereka. Mereka tidak bersalah dan tidak tahu apa-apa.

Bak kata Abang Mat Sabu, Elephant fight Elephant, the grass suffer.

Maksudnya, Gajah gaduh dengan gajah, rumput yang merana dipijak-pijak dihenjak-henjak.

Bertenanglah dan selesaikanlah dengan aman. Jangan disebabkan perkara ini, anda menyesal seumur hidup dan pskilogi anak-anak juga terganggu.

[KONGSI CERITA] ISTERI KURANG GHAIRAH SELEPAS LAHIR ANAK KEDUA 3

Curang, pasang skandal sini sana

Curang dalam hubungan suami isteri bukanlah perkasa asing yang kami dengar. Kami sudah terima macam-macam perkongsian dari pelanggan kami yang mereka akhirnya curang pada pasanngan mereka disebabkan oleh perkara ini. Mungkin sebagai alasan sahaja akan tetapi kami yakin masalah ini antara punca utama berlakunya perkara seperti ini.

Sebab itulah hubungan seks suami isteri sesuatu amat penting dalam kehidupan suami isteri. Tidak kiralah dari sudut sains, psikologi atau agama sekalipun, seks setelah berkahwin ini merupakan suatu tanggungjawab bukan sekadar melepaskan nafsu dan berseronok sahaja.

Bila disebut sebagai tanggungjawab, bermakna ia sesuatu yang perlu diambil berat dan diselesai dengan penuh pengorbanan dan keikhlasan. Dalam Islam sendiri, dengan hubungan seks juga boleh menjadi penyebab suami dan isteri ‘rujuk' semula lepas bercerai selain dari talak 3.

Disebabkan seks ini menjadi sesuatu yang taboo dalam masyarakat kita yang penuh dengan adab dan sopan ini, seks tidak dibincagkan secara meluas kerana ia dianggap sebagai lucah, kotor dan jijik. Sedangkan seks lepas bernikah merupakan tuntutan dan tanggungjawab. Yang menjijikkan dan berdosa besar itu adalah seks sebelum nikah. Kena faham dan bezakan dua perkara ini.

Menurut salah seorang pelanggan kami. Apabila isterinya sering dingin seks, dia mengambil jalan mudah dengan ‘pasang skandal' atau mendapatkan servis dari pelacur. Zaman sekarang lebih mudah dapatkan seks dari orang luar berbanding isteri katanya. Minta isteri tak bagi, awek kat luar ada ramai katanya. 

Bayangkan tuan-tuan. Sebab itulah seks suami isteri ini dianggap sebagai  tanggungjawab atau nafkah kerana jika ia diabaikan, bakal membawa kepada masalah yang lebih besar. Bayangkan jika suami mengambil jalan mudah dengan curang pada isterinya. Tidakkah itu lebih teruk? jika suami berkahwin lain, tidak mengapa. Akan tetapi cuba anda bayangkan jika suami bertukar-tukar pasangan seks, dan mendapat HIV. Kemudian, hiv itu dijangkiti pulak oleh keluarga atau anak-anak anda. Tidakkah ia sesuatu penyesalan yang besar dalam hidup?

[KONGSI CERITA] ISTERI KURANG GHAIRAH SELEPAS LAHIR ANAK KEDUA 4

Penceraian

Ada juga diantara pelanggan kami yang katanya mencari solusi akhir sebelum bercerai. Masalah yang sama juga yang pada awalnya dinggap kecil sahaja, akhirnya membawa kepada penceraian.

Ada diantara mereka yang katanya disebabkan aktiviti seks dengan isteri yang jarang menyebabkan pergaduhan yang berpanjangan dan akhirnya hadir orang ketiga. Ada juga yang dihujung-hujung penceraian kerana ‘kantoi curang' dengan isteri dan ingin mencari solusi memujuk kembali isterinya itu. Semua itu hanya disebabkan sering ditolak ketika ingin berhubungan kelamin.

Sangat menyedihkan, ada diantara mereka yang dapat menyelamatkan rumah tangga mereka dan ada juga yang sudah tidak dapat menyelematkannya lagi. Di Kedaipheromone.com Alhadmulillah mereka yang menghubungi kami tentang masalah ini, boleh dikatakan 90% selesai. Akan tetapi jangan salah faham kerana produk yang kami tawarkan bukanlah magic. Teruskan membaca untuk anda temui solusi yang mungkin anda tercari-cari selama ini.

[KONGSI CERITA] ISTERI KURANG GHAIRAH SELEPAS LAHIR ANAK KEDUA 5

Ada solusi? Adakah Pheromone boleh membantu selesaikan masalah ini?

Sebelum anda tersilap faha tentang pheromone. Perlu kami ingatkan pheromone bukanlah ubat, pheromone bukanlah sesuatu magic atau jampi serapah yang mebolehkan masalah anda selesai dalam sekelip mata. Anda perlu berfikiran logik dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Bagi masalah ini, mengikut pengalaman kami, jika pheromone digabungkan dengan penyelesaian anda pada masalah yang dibincangkan pada awal artikel ini, ia sangat-sangat membantu.

Ini kerana pheromone menurut sains boleh membantu anda melalui beberapa faktor berikut.

Menstabilkan mood atau emosi isteri

Seperti yang kita maklum, wangian yang mengadungi pheromone ini telah terbukti membuatkan pasangan anda jadi lebih tenang dan selesa. Masalah tetap tidak akan selesai walaupun mood atau emosi isteri anda tenang. Akan tetapi perkara ini sangat membantu anda untk berbincang secara aman dan menyelesaikan masalah anda dengan lebih mudah.

Isteri anda pasti kekal tenang apabila menghidu pheromone dari anda. Hal ini juga membuatkan isteri anda sentiasa ingin berada di samping anda.

Menambah keghairahan nafsu isteri

Dalam keadaan tenang dan selesa, isteri anda pasti akan lebih mudah untuk bermesra. Dengan wangian pheromone ini, mood isteri untuk bersama anda pasti meningkat. Sekaligus ia menambah kegahiarahan dan meningkat libido seks atau nafsu isteri anda.

Buat isteri sentiasa rindu suami

Seperti yang dilaporkan oleh beberapa pelanggan kami, sejak menggunakan pheromone, isteri asyik cakap rindu sahaja. Ini mungkin kerana wangian pheromone yang bertindak di minda bawah sedar ini merasakan dia memerlukan anda. Dah bini asyik rindu cik abang oi, takkan lah susah nak dapat lagi kan?

Kesimpulan

Kesimpulannya, janganlah kita mengabaikan keinginan seks dalam berumahtangga. Ini kerana ia merupakan tanggungjawab tidak kiralah anda suami atau isteri. Masing-masing perlu bertangungjawab untuk memastikan mahligai yang di bini terus bahagia.

Mungkin ada diantara anda yang masih belum berkahwin berasa tidak logik ketika membaca artikel ini. Macam tidak percaya perkara sebegini boleh menjadi masalah dalam rumahtangga. Ia benar tuan-tuan. Setiap hari kami terima kami terima order dari suami-suami yang katanya ingin menggoda isteri dan mencerita masalah mereka pada kami.

Selesaikanlah apa sahaja masalah yang berlaku dalam rumahtangga anda secepat mungkin sebelum ia menjadi parah. Dapatkan pheromone perfumes terbaik dari Kedaipheromone.com hari ini. Memikat, menggoda pasangan anda dengan wangian pheromone.

Nota: Jika anda memerlukan bantuan dalam masalah batin lelaki atau wanita, kami cadangkan anda layari laman web sayanak.com untuk makluman lanjut. Disana ada pelbagai barangan kesihatan batin lelaki dan wanita.

nafsu isteri

Pheromone Copulins Wanita

Pherolab+ For Her

RM80.00
Sale!

Pheromone Lelaki

Pherolab+ Pheromone

RM80.00RM170.00

Pheromone Lelaki

Flaming Desire

RM80.00
Sale!

Pheromone Copulins Wanita

Pherolins for her

RM70.00
Sale!

Pheromone Copulins Wanita

Pheromiss For Her

RM70.00
Sale!

Pheromone Lelaki

Pheromances Pheromone

RM70.00

Pheromone Copulins Wanita

Mystique Switzerland

RM80.00
Sale!

Pheromone Lelaki

Phero-X Pheromone

RM70.00

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Open chat
Whatsapp kami sekarang!
Hi Selamat Sejahtera, Ada apa-apa yang boleh saya bantu?
error: Alert: Content is protected !!