[KONGSI CERITA] RAHSIA KEMBALIKAN GHAIRAH DALAM HUBUNGAN SUAMI ISTERI

hubungan suami isteri

Kehidupan suami isteri memang biasa dengan rencah-rencahnya. Ada ketawa, ada menangis. Biasalah kan. Akan tetapi kebahagiaan dan keharmonian umahtangga atau hubungan suami isteri bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Hari ini sempena lokcdown yang tidak berkesudahan ini, masa yang ada kami kongsikan pada anda kisah-kisah dari pelanggan sebenar kami. Kisah-kisah ini mungkin boleh dijadikan Rahsia untuk anda kembalikan ghairah dalam hubungan suami isteri anda.

Kisah pengalaman yang akan kami kongsi ini melibatkan pengalaman atau kisah pelanggan kami yang lelaki dan wanita. Ya, mungkin kita selalu beranggapan orang lelaki sering mementingkan diri atau tidak memikirkan soal kebahagiaan rumahtangganya. Ya, nampak luaran seperti tidak mengedahkan apa yang berlaku. Akan tetapi, percayalah kaum wanita, di Kedaipheromone.com hari-hari seperti Jabatan Tok Kadi Nikah Kahwin dah tau. Sebab setiap hari kami dapat whatsapp dari lelaki-lelaki yang berikhtiar untuk selamatkan atau kembalikan kebahagiaan rumahtangga mereka bersama isteri tercinta.Lebih ramai lelaki dari wanita.

Mungkin ada yang beranggapan Kedaipheromone.com ini menjual perfumes berhormon pheromone yang mampu memikat dan menggoda. Jadi, lelaki atau wanita yang membeli di sini, mestilah lelaki atau wanita jahat yang nak menggoda atau menjadi playboy palygirl dengan memikat seluruh wanita dan lelaki dikelilingnya. Jika itu apa yang ada di fikiran anda, ANDA SILAP! Bersihkan sekarang fikiran buruk anda itu. Harini kami cuba nukilkan semula masalah-masalah yang sering di utarakan oleh lelaki-lelaki dan wanita-wanita yang bergelar suami dan isteri kepada kami ketika ingin membeli pheromone perfumes.

Disebbakan kami sudah lama menjual Produk Wangian Pheromone ini, terutama sekali Phero-X, jadi memang banyak cerita-cerita yang kami pernah lalui bersama-sama pelanggan kami. Posting ini bukanlah untuk membuka aib mereka, tetapi sekadar berkongsi cerita dengan anda semua dan mungkin boleh menjadi pengejaran untuk mereka yang lain juga. Seperti kata pepatah Mat Saleh…

“Learn from the Mistakes of Others. You Will Never Live Long Enough to Make Them All Yourself”
“Belajarlah dari kesilapan orang lain. Hang bukan boleh nak hidup lama sangat pun nak lalui kesilapan tu semua sendiri!”

Baiklah, sebelum jadi lebih panjang. Jom kita teroka kisah mereka ini satu persatu.. Kita mungkin akan ada PART 2, sebab kisah yang ada memang banyak sangat. Dah boleh buat novel. Apapun jom kita sama-sama baca dan renung-renungkan.

hubungan suami isteri

ISTERI MERAJUK SELALU MARAH-MARAH, BADMOOD

Perempuan kalau bab merajuk atau badmood ini, memang seluruh alam termasuk jin dan dinosour pun dah tahu macam “isi dan kuku” kan. Akan tetapi kalau dah berpanjangan, memang pening kepala lah kan. Kisah ini mungkin sama dengan isteri-isteri anda di luar sana juga.

Sebelum itu, cerita pasal bad mood ini. Orang perempuan biasa emosi mereka memang selalu tak berapa stabil sebab mereka ini kalau ikut dari pandangan sains,setiap bulan akan mengalami pendarahan haid yang secara semulajadinya juga akan kehilangan banyak hormon-hormon. Sebab itulah juga sains mengkaji dan mengakui bahawa wanita sangat memerlukan lelaki bukan sekadar sebab berlainan jenis, tetapi sebab kita saling memerlukan. Wanita perlukan hormon dari lelaki untuk menstabilkan emosi mereka, begitu juga dengan lelaki. Sebab itu jugalah Islam mewajibkan kita mendirikan rumahtangga. Sebab itu jugalah waktu zaman sekolah dulu, kalau ada cikgu yang terlalu garang, kami murid-murid akan cakap, cikgu ni mesti lama tak bersama suami dia ni. Biasalah budak-budak kan memang cakap bajet bagus. Tapi ada betulnya juga tu.

Ok, berbalik pada kisah ini, Kisah ini dikongsikan oleh seorang pelanggan kami seorang lelaki dari Perak. Kalau tak silap saya, dari Manjung. Kita namakan sahaja nama dia dengan nama samaran KHAIRUL.

Khairul whatsapp kami dengan menceritakan masalah yang isterinya sering badmood atau marah-marah. Khairul kerja biasa sahaja di syarikat pengangkutan macam lori semua tu. Tetapi dia bukan pemandu lori. Kerja admin macam tu lah. Jadi kerjanya Pagi, balik lewat petang. Jadi, masa bersama isterinya biasanya pada waktu malam sahaja. Isterinya suri rumah. Suri rumah semua maklum yang memang penat bekerja. Malam sudah semestinya jadi waktu rehat.Bila dah malam, nak berehat tetapi terpaksa melayan suami bersembang, sediakan makanan dan lain-lain. Memang biasalah, kalau sering berlaku salah faham dan pergaduhan-pergaduhan kecil. Bukan apa, orang perempuan memang begitu. Kadang-kadang itulah cara mereka nak luahkan perasaan mereka pada suami tercinta melalui emosi.

Walaubagaimanapun, suami biasanya tidak faham dan tindakbalas Khairul selalu menjadikan pergaduhan kecil menjadi lebih besar. Dan lama kelamaan masalah menjadi lebih besar sehingga isteri pulang ke kampung sendiri menaiki bas kerana merajuk dengannya.

Khairul buntu dan hubungi kami untuk mencuba perfumes pheromone sebab katanya ada terdengar cerita wangian ini boleh buat emosi orang disekeliling stabil. Jadi dia pun whatsapp kami. Pada mulanya kami tidak faham, sebab dia bertanya mana lebih baik, Phero-X atau Pheromances. Seperti biasa kami terangkan yang setiap pheromone perfumes yang kami ada berbeza dari segi bau, pheromone yang digunakan dan paling penting tahap keberkesanan untuk setiap orang berbeza. Jadi susah untuk kami cadangkan padanya mana satu yang lebih sesuai dengannya. Mahu atau tidak, dia mesti cuba.

BACA KISAH SELANJUTNYA DI SINI
rahsia

 

SEJAK ISTERI TERJUMPA DENGAN BOYFRIEND LAMA. NAMPAK MACAM DAH TAK CINTA SAYA.

Perfume ni boleh buat saya dapat balik iseri saya ke? Itulah ayat pertama En.Sham bila pertama kali dia whatsapp kami.

Bayangkan suami mana tak terasa hati kalau isteri yang tercinta tiba-tiba ditakdirkan terjumpa balik dengan boyfriend lamanya. First love pula tu. Fuh! pedih boss. Apa yang lagi pedihnya macam letak blackpepper kat ats luka, isteri asyik cerita kenangan lama ja dengan boyfriend lama tu. Mungkin dia sekadar mengulit kenangan sahaja. Tetapi hati suami kan.

Begini kisahnya..

En. Sham ini memang kacak orangnya. Kalau saya seorang perempuan, saya boleh katakan En.Sham ini lelaki idaman para wanitalah. Dengan tingginya, kacak, muka ada jambang-jambang sikit. Nampak bijak dan berpendidikan tinggi. Akan tetapi mungkin kerana kasihnyayang tinggi pada isterinya membuatkan dia sangat cemburu.

Menurut E.Sham, isteri tiba-tiba secara tak sengaja terjumpa dengan kekasih lamanya yang berkursus di tempat yang sama. Menurut En.Sham isterinya tidak emnghabiskan masa bersama lelaki itu langsung dan hanya terserempak secara kebetulan sahaja. Akan tetapi, sejak haritu itu dia asyik bercerita tentang kenangan lamanya sahaja, seoalah-olah kenangan yang mereka bina selama ini tidak bermakna.

Mungkin disebabkan usia perkenalan mereka tidaklah selama isterinya itu mengenali kekasih lamanya. Tetapi, hatinya sering terguris apabila isterinya sekali sekala dengan kerapnya asyik bercerita tentang kenangan lama mereka.

BACA KISAH SELANJUTNYA DI SINI
suami salah

SUAMI BUAT SALAH BESAR, NAK ISTERI MAAFKAN

Cerita yang ini agak melampau sikit, atau keterlaluan. Kami minta maaf jika perkara pengalaman ini membuatkan ada diantara anda yang marah (terutama sekali pelanggan yang terlibat. Tujuan kami hanya sebagai pengajaran sahaja) . Ini adalah cerita kegagalan pheromone perfumes. Baca sampai habis untuk anda faham kenapa kisah ini kami kategorikan sebagai gagal. Mungkin kisah ini membuatkan anda faham tentang fungsi pheromone itu sendiri.

Kisah ini baru sahaja berlaku iaitu sewaktu pkp yang pertama dahulu. Waktu itu pandemik covid-19 ini tidaklah seteruk sekarang ini. Kes waktu ini tidak lagi mencapai 1000. Jadi team kami masih lagi menjalan Cash On Delivery pada waktu itu.

Kami didatangi seorang lelaki lewat 30-an. Kemungkinan umurnya dalam lingkungan 35 hingga 40 sahaja. Pada awalnya  pelanggan tersebut yang kami namakan sebagai Saleem menghubungi untuk mendapatkan wangian pheromone dari kami. Katanya dari Nilai, jadi saya minta dia untuk order secara pos sahaja, tetapi dia tetap berkeras untuk cod di Petaling Jaya. Walaupun kami cakap roadblock banyak, tetap juga dia berkeras. Jadi ok lah, datang je lah. Sebab stok memang sentiasa ready cuma kami masih takut-takut dengan jangkitan covid-19 ini.

Kemudian, Saleem pun datang ditempat yang telah dijanjikan. Turun sahaja kereta, dia terus bertanya..

” Confirm jadi ke? Saya dengar perfumes ini boleh buat perempuan ikut cakap kita? Macam pukau tu? Betul ke? “

BACA KISAH SELANJUTNYA DI SINI
[KONGSI CERITA] RAHSIA KEMBALIKAN GHAIRAH DALAM HUBUNGAN SUAMI ISTERI 1

ISTERI PERTAMA NAK PIKAT BALIK KASIH SAYANG SUAMI

Kisah yang seterunya ini dari seorang wanita. Kalau sebelum ini banyak kita dengan cerita dari lelaki. Kali ini sedikit berbeza kerana kita menyelami hati dan perasaan seorang wanita pula.

Puan Salmah berumur 40 tahun. Mempunyai 2 orang anak dan seorang guru atau coach senaman Zumba di Petaling Jaya. Orangnya manis tetapi menyimpan pelbagai kisah. Oleh kerana Puan Salmah ini pernah berurusan dengan kami di Sayanak.com sebagai pelanggan setia X Wonder Choco Frappe, jadi ia lebih terbuka untuk berkongsi kisahnya dengan kami ketika ingin mencuba Pheromiss For Her dan Pherolins For Her di Kedaipheromne.com pula.

Seperti yang kita tahu, Pherolins dan Pheromiss ini memang sangat terkenal untuk wanita yang ingin menggoda dan menarik perhatian suaminya.

Menurut Puan Salmah, dia merupakan isteri pertama dari 2 orang isteri. Sudah lebih 5 tahun suaminya itu menduakannya. Tetapi dengan cara baik atas persetujuannya juga. Dia rapat dengan madunya itu dan tidak mempunyai sebarang masalah Alhamdulillah.

BACA KISAH SELANJUTNYA DI SINI
ex-boyfriend

ISTERI NAK MENGGODA SUAMI GAY YANG SUDAH BERTAUBAT

Kisah yang satu ini agak pelik. Tetapi kami kisah memang terpahat dalam ingatan kami sejak sekian lama sebab kami sangat-sangat mengagumi cinta seorang isteri. Mungkin kisah ini bukanlah sesuatu yang normal dalam masyarakat kita, tetapi saya yakin cerita mungkin berlaku pada orang lain juga yang tidak kami temui.

Ceritanya bermula apabila ada seorang isteri bertanyakan pasal pheromone untuk lelaki. Pada awalnya kami ingat pelanggan yang whatsapp kami itu seorang lelaki sebab bertanyakan produk-produk lelaki. Rupa-rupanya dia tersilap faham tentang pheromone.

Pada sangkaan wanita ini, pheromone perfumes yang dijual ini adalah untuk menambah hormon kelakian supaya lelaki yang kurang hormon boleh bertambah hormonnya. Sebab itulah dia ingin dapatkan pheromone ini untuk suaminya. Rupa-rupanya dia sudah tersilap faham.

Disebabkan kami sendiri keliru dengan apa yang dia inginkan.Jadi kami bertanya apa sebenarnya masalah yang dihadapi. Kemudian dia pun mula bercerita. Kami namakan dia sebagai Puan Shasha, sebab muda lagi gadis ini. Kemungkinan umurnya di dalam lingkungan 20-an sahaja.

Puan Shasha pun mula bercerita. Katanya, suaminya itu sebelum ini adalah seorang gay. Awalnya kami sangkakan gay yang dimaksudkan itu lelaki lembut. Rupanya tidak. Katanya suaminya itu keras, badan beketul-ketul. Abang sadolah ceritanya.

BACA KISAH SELANJUTNYA DI SINI
menggoda suami

ISTERI KURANG GHAIRAH SELEPAS LAHIR ANAK KEDUA

Masalah isteri kurang ghairah selepas melahirkan anak ini merupakan sesuatu yang biasa. Ini dibuktikan apabila 70% lelaki yang sudah berkahwin menghubungi kami berceritakan tentang masalah ini. Walaupun pelbagai ayat yang digunakan seperti dingin seks, isteri sering menolak hubungan kelamin, isteri selalu bagi alasan penat dan lain-lain, akhirnya ia menjurus ke arah sama iaitu selepas isteri melahirkan anak, sikapnya atau keghairahannya terhadap seks berkurang. Dan ini menjadi satu masalah besar bagi kaum lelaki.

Sebelum kita kongsi tentang kisah pelanggan kami, elok lah kita bincangkan terlebih dahulu apakah diantara masalah yang selalunya menjadi penyebab utama isteri sering menolak untuk melakukan hubungan seks dengan suami dan solusinya. Kemudian kita lihat pula apakah impaknya kepada suami dan institusi rumah tangga seperti mana yang telah dikongsikan oleh rakan pelanggan kami sebelum ini.

BACA KISAH SELANJUTNYA DI SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Open chat
Whatsapp kami sekarang!
Hi Selamat Sejahtera, Ada apa-apa yang boleh saya bantu?
error: Alert: Content is protected !!