[KONGSI CERITA] SUAMI BUAT SALAH BESAR, NAK ISTERI MAAFKAN

suami salah

Cerita yang ini agak melampau sikit, atau keterlaluan. Kami minta maaf jika perkara pengalaman ini membuatkan ada diantara anda yang marah (terutama sekali pelanggan yang terlibat. Tujuan kami hanya sebagai pengajaran sahaja) . Ini adalah cerita kegagalan pheromone perfumes. Baca sampai habis untuk anda faham kenapa kisah ini kami kategorikan sebagai gagal. Mungkin kisah ini membuatkan anda faham tentang fungsi pheromone itu sendiri.

Kisah ini baru sahaja berlaku iaitu sewaktu pkp yang pertama dahulu. Waktu itu pandemik covid-19 ini tidaklah seteruk sekarang ini. Kes waktu ini tidak lagi mencapai 1000. Jadi team kami masih lagi menjalan Cash On Delivery pada waktu itu.

Kami didatangi seorang lelaki lewat 30-an. Kemungkinan umurnya dalam lingkungan 35 hingga 40 sahaja. Pada awalnya  pelanggan tersebut yang kami namakan sebagai Saleem menghubungi untuk mendapatkan wangian pheromone dari kami. Katanya dari Nilai, jadi saya minta dia untuk order secara pos sahaja, tetapi dia tetap berkeras untuk cod di Petaling Jaya. Walaupun kami cakap roadblock banyak, tetap juga dia berkeras. Jadi ok lah, datang je lah. Sebab stok memang sentiasa ready cuma kami masih takut-takut dengan jangkitan covid-19 ini.

Kemudian, Saleem pun datang ditempat yang telah dijanjikan. Turun sahaja kereta, dia terus bertanya..

” Confirm jadi ke? Saya dengar perfumes ini boleh buat perempuan ikut cakap kita? Macam pukau tu? Betul ke? “

dosa

Kami terus tergamam. Alamak sejak bila pula kami cakap perfumes pheromone ini boleh dijadikan alat pukau pula. Memukau, terpukau itu lain maksudnya dengan pukau yang dimaksudkan tu. Ah sudah…takkan nak guna perfume untuk merompak pula.

Walaubagaimanapun, kami bertanya semula, pukau macam mana maksud dia dan dia pun mula menceritakan kisahnya dan kenapa dia ingin mencuba pheromone perfumes dari kedaipheromone.com ini.

Menurut Saleem, dia sudah berkahwin lebih 10 tahun dan masih tidak mempunyai anak. Isterinya tidak dipastikan apa pekerjaannya, akan tetapi menurut Saleem isterinya itu sering bekerja di luar negara seperti Thailand dan Indonesia. Dalam setahun mengkin 2 kali dia dihantar untuk berkerja atau berkursus di sana 1 atau 2 bulan.

Saleem hanya bekerja biasa dia sebuah pasaraya di Nilai, malah sudah diberhentikan kerja ketika PKP. Dia sekarang berniaga barangan bundle online di instagram. Saleem sangat baik dengan keluarga isterinya ini kerana Saleem sudah tidak mempunyai ibu dan ayah sejak lepas SPM lagi. Jadi ibu dan bapa mertualah jadi tempat dia menumpang kasih.

Saleem meneruskan cerita dengan mengatakan dia telah berdosa besar dengan isterinya. Bukan sahaja isteri bahkan dengan seluruh keluarga isterinya.

Dipendekkan cerita, Saleem telah beberapa kali curang dengan isterinya ketika isterinya keluar negara. Kali pertama, kantoi whatsapp sahaja. Bergaduh sekejap seminggu dua, lepas itu dimaafkan dan kembali seperti biasa semula. Kali kedua ini yang paling perit.

Pada waktu itu, isteri berada di Thailand berkursus selama 1 minggu. Hendak dijadikan cerita, baru sahaja seminggu isterinya di luar negara, Saleem kantoi lagi. Lebih mengaibkan apabila Saleem kantoi bersama kekasih gelap atau skandalnya itu di rumahnya sendiri oleh ibu mentuanya.

Hancur hati ibu mertuanya bila nampak Saleem bersama perempuan laind dirumah anaknya sendiri. Pada waktu itu, hajatnya nak menziarah anak menantunya itu dengan membawa barang-barang dapur dan makanan. Akhirnya lain pula jadinya.

curang

Sejak hari itu, Saleem sangat kesal dan isterinya itu belum mengetahui tentang kejadian itu. Ibu mertuanya masih menyembunyikan pekara tersebut sehingga isterinya pulang nanti kerana tidak mahu dia bersusah hati di sana. Mana tidaknya dengan keadaan pandemik yang merisaukan sekarang ini.

Jadi, Saleem merasakan inilah peluangnya. Saleem bercadang mencari apa sahaja solusi untuk membuatkan isterinya nanti tidak marah padanya apabila mendapat tahu berita ini dan dapat mengampunkan dosanya buat kali kedua. Dia nekad tidak akan mengulanginya kerana sangat-sangat menyesal dan tidak mahu kehilangan isterinya yang banyak berkorban untuknya itu.

Pada awalnya, Saleem mencari bomoh-bomoh atau dukun yang menjual Minyak Pengasih, akan tetapi dia berasa takut hendak menggunakannya. Takut-takut minyak pengasih itu menjadikannya syirik atau dikhuatiri kejadian yang teruk berlaku apabila bermain dengan jin syaitin iblis ini.

Selepas itu, kawan sekolah lamanya mencadangkan Saleem menghubungi Kedai Pheromone kerana menurut kawannya yang juga pelanggan setia kami, selepas dia menggunakan minyak wangi pheromone dari kami, keluarganya semakin bahagia dan isterinya jarang marah-marah dan bad mood macam kena pukau. Sebab itulah dia datang harini ini untuk membeli minyak wangi ini dari kami.

Kami faham apa yang dimaksudkan oleh Saleem itu. Kami faham dia kesal dengan apa yang telah dilakukan dan tindakannya harini untuk menyelamatkan rumahtangganya itu. Malangnya, pheromone bukanlah seperti yang dia bayangkan. Pheromone bukanlah alat pukau. Ya betul, menggunakan pheromone boleh memmpersona, memukau dan membuatkan orang sekeliling tertarik pada kita. Akan tetapi, ia bukanlah alat pukau sehinggakan perkara yang sebesar itu tidak memmbuatkan isterinya marah. Mestilah marah boss, hati mana yang tidak terluka kalau suaminya curang. Tambahan pula, ibunya sendiri yang melihat dengan mata kepala. Ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima oleh manusia normal.

Akhirnya, kami menerangkan kepadanya satu persatu tentang pheromone dan memohon maaf kerana tidak dapat membantunya. Sambil itu kami juga sempat menasihatkan Saleem supaya dia bertaubat dan berdoa kepada Allah supaya dilembutkan hati isterinya untuk memaafkan kesilapannya dan menerimanya semula.

Kemudian, Saleem pulang dengan membeli Phero-X dan Pheromances. Mungkin kerana dia segan kerana sudah berjanji dengan kami. Walaupun berulang kali saya katakan tak perlu beli sebab belum tentu boleh bantu masalah yang dialaminya itu.

Selang beberapa bulan, kami dapat panggilan dari Saleem. Kali ini nadanya berbeza dari dulu. Katanya Pheromone ini gagal membantunya! Ya, seperti yang kami telah katakan dari awal. Ia tidak seperti yng dibayangkan. Tetapi,katanya…

“Boss ingat lagi saya dulu jumpa boss pasal nak pukau isteri saya tu? Saya dah try memang failed la tuan. Tak menjadi langsung. Tak berkesan. Memang marah betul isteri saya. Hampir-hampir kami bercerai. Tapi Alhamdulillah jodoh masih panjang lagi, kami tak jadi berpisah. Saya pun dah tak buat dah perangai lama lagi dah. Tapi saya suka la perfume boss ni.. Saya nak repeat order!”

Terkejut juga kami waktu itu, sebab dia cakap tak berkesan, tapi nak repeat order pula. Macam mana tu? Apa yang membuatkan dia suka.

Kemudian, dia bercerita. Kalau nak pukau isteri time dia marah-marah pasal curang tu memang tak berkesan lah tuan. Tapi perfume ni memang lain macam juga. Sejak saya guna orang ramai mudah mesra dengan saya. Isteri pun lain macam dia punya ghairah tu. Lepas dah berbaik semula dengan isteri, dia punya manja lain macam lah. Tak pasti sebab perfume ini atau memang dia nak cuba nak menggoda saya supaya saya tidak curang lagi pun saya tak pasti. Akan tetapi Saleem mengakui dia sangat suka menggunakan Pheromances. Katanya pheromances memang sangat sesuai dengannya.

Lebih menarik dia juga beritahu yang isterinya kini sudah bersedia untuk mendapatkan anak. Sebelum ini isterinya takut nak bersalin, kita dia sudah bersedia dan minta kami suggestkan padanya supplement untuk suami isteri. Alhamdulillah Saleem borong semua produk-produk di SAYANAK.COM yang kami cadangkan padanya. Antaranya seperti Kopi Pejuang, Xdrop Libido Booster, Minyak Raja Harimau dan lain-lain lagi.

Semoga rumahtangga Saleem dan isteri bahagia ke akhir hayat dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah.AAMINN

Pheromone Copulins Wanita

Pherolab+ For Her

RM80.00
Sale!

Pheromone Lelaki

Pherolab+ Pheromone

RM80.00RM170.00

Pheromone Lelaki

Flaming Desire

RM80.00
Sale!

Pheromone Copulins Wanita

Pherolins for her

RM70.00
Sale!

Pheromone Copulins Wanita

Pheromiss For Her

RM70.00
Sale!

Pheromone Lelaki

Pheromances Pheromone

RM70.00

Pheromone Copulins Wanita

Mystique Switzerland

RM80.00
Sale!

Pheromone Lelaki

Phero-X Pheromone

RM70.00

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Open chat
Whatsapp kami sekarang!
Hi Selamat Sejahtera, Ada apa-apa yang boleh saya bantu?
error: Alert: Content is protected !!