Peluang Niaga Perfumes Pheromone 2020

Peluang Niaga Perfumes Pheromone 2020 1

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kami ucapkan pada semua rakan pelanggan Kedaipheromone.com. Seluruh keluarga kedaipheromone.com di serata Malaysia berharap dan berdoa agar anda semua sentiasa sihat di samping keluarga tercinta. Mungkin agak serius posting kali ini, sebab hari ini kami nak buka peluang niaga perfumes pheromone kepada anda semua.

Mungkin ada yang terkejut sebab selama ini kami jarang beri peluang pada merekayang ingin jadi pengedar sah kedaipheromone.com. Ini disebabkan oleh kami terpaksa menapis peniaga yang betul-betul serius dan boleh beri komitmen penuh sahaja. Disamping itu, dengan lambakan produk tiruan terutamanya di marketplace-marketplace terkenal, kami boleh menjaga kualiti barang yang kami jual. Akan tetapi, di saat dunia dilanda serangan virus Covid-19 ini, kami yakin ramai yang terkesan dengan keadaan ekonomi negara kini.

Cik kiah yang mengharapkan BPN pun dengan ceritanya tak lulus sebab ada SSM. Yang gaji sepatutnya tinggi kategori orang have-have pun dah diancam dengan cuti tanpa gaji dan lebih malang lagi ada juga yang diberhentikan kerja. Bersabarlah sahabat, rezeki kan sudah ditentukan? 

Oleh itu, harini kami buka peluang pada anda yang mungkin selama ini berminat nak meniaga, menjual pheromone perfumes tapi tak tahu cara. Ini mungkin peluang keemasan untuk anda. Ini kerana jika ada yang pernah sebelum ini hubungi kami, mereka mesti tahu yang banyak whatsapp,email untuk jadi pengedar kami tak dijawab pun. Sebab kami memang tak buka peluang untuk sebarang orang.

PELUANG NIAGA PERFUMES PHEROMONE UNTUK YANG BERMINAT

Antara produk perfumes pheromone hot di Kedaiphermone.com seperti yang anda semua tahu antaranya seperti Phero-x , Pheromances 50X, Pherolab Plus, Pheromiss dan Pherolins. Kami cuba dalam rangka untuk membawa masuk beberapa lagi jenama dari luar negara pada tahun ini, tetapi usah tersebut terbantu dek kerana isu covid-19 yang melanda dunia ketika ini. InshaaAllah jika tiada aral melintang, kita akan dapatkan senarai baru pheromone perfumes yang semestinya terbaik diantara yang terbaik.

2 katergori niaga yang kami tawarkan kepada anda :

 

1. PEMBORONG

Pemborong paling mudah sekali. Sebab tak ada komitmen dengan kedaipheromone.com langsung. Anda cuma ambil stok pada harga borong, dan berniaga sendiri guna cara anda. Sehingga hari ini, kami memang ramai pemborong yang borong perfumes pheromone setiap bulan. Dari sekecil-kecil pemborong, hinggalah pemborong-pemborong besar yang konsisten 200-300 botol setiap bulan pun ada. Mereka yang suka cara macam ni biasanya mereka dah ada market sendiri untuk dipasarkan ataupun yang nak meniaga secara sambilan sahaja. Minimum untuk borong adalah 10 botol sahaja.

 

2. PENGGEDAR SAH

Pengedar sah atau ejen kami pula sudah semestinya terikat dengan kedaipheromone.com sama ada dari segi harga dan juga promosi yang dijalankan oleh pihak HQ. Sebelum ini kami hanya tawarkan peluang untuk jadi pengedar ini pada pemborong sedia ada sahaja. Yang baru, mesti borong terlebih dahulu, 3 kali restock baru boleh diserapkan untuk jadi pengedar. Tetapi untuk kali ini tidak perlu. Kami tawaran pada semua yang berminat. Akan tetapi untuk masa terhad sahaja. Kami akan tutup apabila berpuashati dengan jumlah pengedar baru nanti.

Mereka yang memang serius nak meniaga boleh pilih untuk jadi pengedar kerana ada sokongan dari HQ. Kami di kedaipheromone.com bersama-sama menjalankan promosi untuk anda dan bahan-bahan promosi seperti gambar disediakan.

Pengedar sah juga akan disenaraikan di semua iklan-iklan dan website kami seperti di page Pengedar Kedaipheromone.com sendiri dan juga beberapa lagi laman web kami seperti Pherolabmalaysia.com, PheroX.net, Phero-X.com, Pherolab.My, Pherolabplus.com, Pheromone.my (coming soon)  dan lain-lain channel marketing lagi. Minimum untuk jadi pengedar sah adalah 30 botol.

DAFTAR PEMBORONG ATAU PENGEDAR DISINI

LAKU KE NIAGA PHEROMONE PERFUMES NI?

Pasti ada yang tertanya-tanya.Yelah takkan nak meniaga tak ada untung pula. Mesti lah kena kira untung sekali, nama pun meniaga kan. Apa yang boleh kami katakan, produk-produk perfumes yang ada memang laku keras dan ada regular customers yang sangat-sangat ramai. Produk berkualiti yang repeat orders tinggi ini memang memerlukan anda untuk sampaikan pada pelanggan-pelanggan di tempat anda terutamanya di kawasan-kawasan yang kekurangan pengedar seperti di KEDAH, PERLIS, KELANTAN, TERENGGANU, KUALA LUMPUR, SABAH, SARAWAK, NEGERI SEMBILAN dan PERAK. Kami juga mengalu-alukan jika ada diantara anda yang berminat untuk jadi rakan pengedar kami di BRUNEI & SINGAPORE.

REBUT PELUANG KEEMAASAN INI. MASA TERHAD SAHAJA.

Jika anda berminat, jangan tunggu lagi kerana kami tidak pernah menunggu anda. Kami hanya buka peluang ini sekejap sahaja. Ini kerana apabila produk-produk pheromone terbaru kami sampai nanti, kami akan tutup peluang pengedar untuk mudahkan pengurusan stok nanti. InshaaAllah kami akan berikan yang terbaik untuk anda yang berminat. Hubungi kami sekarang untuk lock tempat anda.

Oh ya. sebelum terlupa jangan lupa layari web perniagaan rakan niaga kami yang lain seperti SAYANAK.COM – Online Store Terbaru Malaysia, Bagaidikata Clothing – Custom DTG Printing T-shirt dan juga

Pheromone Copulins Wanita

Phero Pink

RM70.00

Pheromone Lelaki

Phero Prime Black

RM70.00
Sale!
PREMIUM!
Out of stock
RM97.00
Sale!
PREMIUM!
Out of stock
RM97.00
Sale!
PREMIUM!

Pheromone Copulins Wanita

Alphafemale V3 with Pheromone Booster

RM97.00
Sale!
PREMIUM!

Pheromone Copulins Wanita

Alphafemale V2 with Pheromone Booster

RM97.00
Sale!
PREMIUM!

Pheromone Copulins Wanita

Alphafemale V1 with Pheromone Booster

RM97.00
Sale!
PREMIUM!
Out of stock
RM97.00

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
Whatsapp kami sekarang!
Hi Selamat Sejahtera, Ada apa-apa yang boleh saya bantu?
error: Alert: Content is protected !!