...

[REVIEW] Alphafemale V1 Pheromone Booster

ALPHAFEMALE V1

Alphafemale V1 dari Bagaidikata Perfumes Malaysia yang dilengkapi dengan Pheromone dan Copulins Booster ini dicipta khas untuk wanita. Seperti yang kami ceritakan dengan panjang lebar di posting lepas [REVIEW ALPHAMALE V1 WITH PHEROMONE BOOSTER], wangian ini bukanlah wangian biasa yang anda pernah jumpa di pasaran. Dari segi konsep dan penghasilannya juga sangat-sangat berbeza. Suka untuk kami ulang seperti di posting lepas, minyak wangi pheromone untuk wanita ini pasti jadi fenomena tidak lama lagi!

bagadikata perfumes

Handcrafted Perfume With Pheromone & Copulins Booster

Bagaidikata Perfumes merupakan antara entiti bisnes yang passionate dalam menghasilkan minyak wangi premium secara handcraft. Selama lebih 3 tahun, mereka R&D pelbagai jenis wangian dan pengaruh minyak wangi pada alam bawah sedar dan komunikasi bukan lisan melalui bau.

Mereka yang di belakang tabir Bagadikata Perfume Lab ini juga merupakan antara mereka yang terlibat secara langsung sejak tahun 2004 lagi dalam membawa masuk dan mengedar perfume berpheromone dan perfume copulins di Malaysia. Dek kerana pengaruh yang begitu kuat dalam menjual produk-produk perfume memikat ini, mereka sangat arif dalam mengetahui selok belok dan juga kemahuan pelanggan dalam sebotol minyak wangi.

Oleh itu, terlahirlah Alpha Series dengan pheromone booster yang buat masa ini menghasilkan 1 minyak wangi untuk lelaki dan 1 lagi minyak wangi khas untuk wanita.

minyak wangi

Alphafemale V1 with Pheromone Booster

Version pertama dalam series Alpha Series untuk wanita ini seperti yang saya nyatakan tadi adalah memfokuskan pada SOCIAL DOMINANCE, LOVE & RESPECT.

Pertama sekali, apa yang anda perlu tahu, keistimewaan besar wangian ini, sebab ia dihasilkan secara handcraft, oleh itu keupayaan untuk seimbangkan pheromone dalam wangian ini sangat tinggi. Seperti Alphafemale V1, pheromone ini diseimbangkan kihas untuk mereka yang inginkan pergaulan sosial mereka dengan orang ramai di sekeliling mereka jadi lebih baik, percintaan atau meningkatkan rasa cinta pasangan dan juga aura yang memberikan penghormatan tinggi dari orang sekeliling.

25mg Pheromones per OZ

Kandungan pheromone yang dicampurkan dalam minyak wangi premium ini juga antara yang tertinggi. Bayangkan dengan 25mg pheromones per oz dalam 50ml minyak wangi ini, berapa banyak pheromone yang ada, dan berapa hebat kesan yang anda akan dapat bila menggunakan wangian ini. Fuh! memang terbaik!

Antara jenis-jenis pheromone yang digunakan dalam wangian ini adalah :

  • Alpha androstenol – Melancarkan perbualan
  • DHEA – Tarik Perhatian
  • Oxytocin – Kepercayaan/ Ikatan
  • Androstadienone – Cinta
  • Androstenone – Meningkatkan ghairah
  • Oxytocin – Cinta, Rindu
  • Copulins – Meningkatkan Ghairah
alphafemale v1

Pendapat kami mengenai wangian ini

Sudah pasti anda tertunggu-tunggu review atau pendapat kami mengenai minyak wangi ini. InshaaAllah kita akan telusuri 1 per 1 mengenai wangian ini. Seperti yang saya katakan pada posting yg lepas, kami sangat pasti perfume ini akan jadi FENOMENA BARU DALAM DUNIA MINYAK WANGI PHEROMONE DI MALAYSIA!

Kalau dilihat dari kualiti packaging, botol yang unik dan isian dalam premium ini, ditambah pula dengan pheromone yang seimbang,pasti menjadikan Alphafemale V1 sebagai minyak wangi pheromone dan copulins untuk wanita No.1 di Malaysia!

Jom kita tengok 1 per 1 kenapa kami cakap minyak wangi ini bakal jadi fenomena dan berbaloi untuk anda beli!

  1. PACKAGING/BOTOL

Apa yang paling obvious bila kita pertama kali nak beli perfume baru di pasaran, sudah tentu kotak dan botolnya terlebih dahulu. Ini kerana terlalu banyak produk wangian di pasaran menggunakan kotak dan botol yang lebih kurang sama. Kalau kotak, kita ok sebab design mungkin ada sedikit sebanyak akan sama, tetapi bila tengok pada botol hampir kesemuanya lebih kurang je. Sebab apa ya? Tak lain tak bukan sebab mereka dari kilang yang sama. Kilang oem, isian dalam sama, botol pun lebih kurang sama, kotak atau jenama sahaja yang berbeza.

Berbeza dengan Alphafemale V1 ini, di sebabkan ia dihasilkan sendiri oleh Bagaidikata Perfume Lab, bukan sahaja wangian mereka unik dan tersendiri, malah botol mereka juga sangat unik. Botol mereka di-custom khas untuk jenama mereka sahaja. Memang plus point untuk mereka yang suka kumpul atau buat koleksi minyak wangi.

2. WANGIAN

Cerita berkenaan wangian memang sangat-sangat mengujakan. Yelah bayangkan wangian handcraft yang diseimbangkan dengan pheromone dan copulins, memang menghasilkan aroma yang sangat-sangat best. Kalau dicerita dalam bahasa mudah, bau memang rasa nak peluk cium lah… mengghairahkan!

Ada bau manis buah, ada bau bunga campur pula dengan copulins, bau yg pekat tetapi tetap soft ini memang bagi keyakinan diri wanita bertambah-tambah. Kalau dengan suami, kami jamin suami suka sangat-sangat.

Disebabkan kepekatan wangian ini Extrait De parfum, maka wangiannya memang bertahan sangat lama. Dari apa yang team kami cuba, memang melebihi 12 jam. Walaubagaimanapun kita tak dapat nak simpulkan ia berlaku untuk semua orang sebab ketahanan bau ini bergantung pada jenis kulit. Kalau kulit jenis lembab, memang akan bertahan lebih lama lagi. Mereka yang sering diluar, wangian ini sangat-sangat sesuai.

Pheromone & copulins yang digunakan juga sangat seimbang kerana copulins yang dimasukkan tidak ‘membunuh’ aroma wangian yang ada. Just nice. Ini pheromone perfume yang terbaik, adunanya sangat seimbang.

Sesuailah dengan fokus wangian ini iaitu untuk SOCIAL DOMINANCE, LOVE & RESPECT! Kami sangat merasakan semua itu dalam wangian ini.

alphafemale v1

3. PHEROMONE & COPULINS BOOSTER

Syarat pertama yang selalu kami tengok bila nak tengok pheromone perfume itu berkualiti atau tak, biasanya kita kan lihat pada claim yang mereka buat. Kalau terlalu overclaim, confirm ada masalah besar di situ.

Contohnya, jika kita lihat ada beberapa pheromone terbaru yang dijual di Malaysia sekitar tahun 2015 dan ke atas kebanyakan mereka kononnya claim wangian mereka ada 75x pheromones, 120x pheromone dan macam-macam lagi. Peliknya adalah, tidakkah mereka tahu keberkesanan sesuatu pheromone itu bukan bergantung pada berapa banyak yang mereka masukkan, tetapi berapa seimbang pheromone yang mereka campurkan itu. Jika pheromone yang di campur seimbang, sedikit pun dah cukup, tetapi kebanyakan mereka suka letak tinggi kononnya untuk marketing sedangkan maklumat tentang pheromne itu sendiri kebanyakannya diceduk dari website ini.

Bagi Alphafemale V1, kami lihat mereka lebih profesional. Oleh kerana latar belakang mereka dalam menghasilkan minyak wangi premium secara handcraft, maka mereka lebih tahu untuk seimbangkan pheromone di dalam minyak wangi. Jenis pheromone yang digunakan juga sangat berkualiti dan lebih fokus.

Ini merupakan beberapa kejadian yang boleh kami perhatikan sepanjang menggunakan Alphafemale V1 selama 30 hari :

  • Komunikasi dengan orang ramai terutama rakan sekerja jadi lebih mudah dan menyeronokkan. Orang ramai jadi mudah mesra macam dah kenal lama. Selalu ditegur oleh orang ketika berada di tempat awam contoh ketika di mall ketika beratur, ada sahaja orang yang cuba nak bercakap dengan kita. Itu yang paling obvious skali dan kami yakin ini efek pheromone dalam wangian ini.
  • Rakan-rakan terdekat ada yang menyedari kelainan. Katanya lain macam aura. Sebab team yang cuba Alphamale V1 ini merupakan mereka yang bekerja dalam sektor kewangan/insurans. Katanya banyak pengalaman menarik bersama clients mereka. Katanya, orang lebih senang percaya dan yakin dengan kita.
  • Hubungan rumah tangga lebih seronok dan lebih mengghairahkan. Apa lagi yang diinginkan oleh seorang isteri jika suaminya sering merayu inginkannya. Suami menyendeng-nyendeng, asyik gesel-gesel macam kucing gatal. Boleh dikatakan efek pheromone ‘love’ dalam Alphafemale V1 sangat-sangat kuat.
alphafemale v1

4. HARGA

Harga untuk sebotol Alphafemale V1 buat masa ini sangat-sangat berbaloi untuk anda beli. Ini kerana harga yang disarankan untuk dijual pada awal ia dihasilkan adalah RM250. Akan tetapi, kerana awal pelancaran ini fokus Bagaidikata Perfumes untuk buat ramai orang dapat rasa perfume premium dengan pheromone yang berkualiti ini, maka ia diperkenalkan dengan harga yang lebih murah.

Kalau anda bandingkan wangian ini dengan perfume biasa sekalipun, ia tetap harga yang sangat berbaloi. Ini kerana kepekatan wangian mereka sangat tinggi.

Malah, jika anda cuba bandingkan dengan pheromone perfumes yang ada di pasaran ketika ini, memang Alphafemale ini yang paling berbaloi harganya.

Pendapat kami, dengan kualiti handcraft ini, anda memang wajib beli dan cuba sekarang! Oleh kerana perfume ini dihasilkan secara handcraft, maka stok yang ada tak banyak. Kalau dah habis, memang kena tunggu lama.

ALPHAMALE V1

Keburukan Alphafemale V1

Ada beberapa perkara yang kami tak berapa suka tentang Alphafemale V1. Tapi bukanlah perkara yang besar, cuma ada beberapa perkara.

  1. Disebabkan perfume ini dihasilkan secara handcraft, untuk menjaga kualitinya ia tidak dapat dihasilkan terlalu banyak. Minyak wangi ini dihasilkan mengikut batch. Dari situ kita bermasalah dengan stok. Permintaan tinggi, tapi production rendah. Jadi, pelanggan perlu rebut peluang yang ada dengan cepat, kalau lambat terpaksa tunggu batch seterusnya. Ini menyusahkan pelanggan kami yang rata-rata nak barang yang mereka nak dengan cepat.
  2. Perfume ini hanya dijual secara online sahaja buat masa ini. Tidak ada agent/pengedar. Jadi susah untuk pelanggan kami untuk cod. Alasannya untuk mengelakkan dari produk di buang harga dan mengelakkan produk ditiru oleh pihak tidak bertanggungjawab seperti pheromone perfumes yang lain. Walaubagaimanapun pihak Bagaidikata Perfumes ada menyediakan penghantaran pada hari yg sama. Order hari ini, dapat hari ini. Terhad untuk pelanggan di KL dan Selangor sahaja di kawasan terpilih.
  3. Unutk pengetahuan anda, untuk batch pertama ini, kedaipheromone.com hanya ada 30 unit sahaja. So, bagi anda yang berminat nak dapatkan Alphafemale ini, boleh dapatkan cepat-cepat sebelum stok habis.

Bagaimana nak dapatkan Alphafemale v1?

alphafemale

Anda boleh dapatkan Alphamale V1 di link-link berikut:

KEDAIPHEROMONE.COM

Link : https://kedaipheromone.com/alphamale-v1-with-pheromone-booster/

BAGAIDIKATA OFFICIAL WEBSITE

Link : https://bagaidikata.com

ALPHA SERIES OFFICIAL WEBSITE

Link : https://alphaseries.my

**** DISKAUN RM30 untuk 100 pelanggan terawal

ALPHASERIES.BAGAIDIKATA.COM

Link : https://alphaseries.bagaidikata.com

**** DISKAUN RM30 untuk 100 pelanggan terawal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
Whatsapp kami sekarang!
Hi Selamat Sejahtera, Ada apa-apa yang boleh saya bantu?