...

[REVIEW] Alphamale V1 Pheromone Booster

ALPHAMALE V1

Alphamale V1 dari Bagaidikata Perfumes ini memang merupakan fenomena baru dalam dunia wangi-wangian di Malaysia. Ya! Fenomena guys… Fenomena yang positif macam ini memang kami sebagai seller minyak wangi terutamanya yang mengandungi pheromone ini sangat seronok dan bangga. Sebab apa? Sebab ia di hasilkan secara profesional di Malaysia!

bagadikata perfumes

Bagaidikata Perfume Lab, Malaysia

Sedikit latar belakang Bagaidikata Perfumes Malaysia.

Sebelum kita kenal dengan produk, adalah lebih baik kita kenal dengan entiti yang bertanggungjawab menghasilkan produk ini terlebih dahulu. Bagaidikata Perfumes ini pada asalnya merupakan mereka yang memfokuskan ‘passion’ mereka pada penghasilan perfume secara ‘handcraft’. Bila sebut handcraft, 100% wangian yang dihasilkan mengguna tangan. Ini bermakna penghasilan wangian mereka bermula dari awal bukanlah dengan mengiumport wangian sedia dari luar. Sebab itulah produk wangian yang mereka hasilkan sangat-sangat berkualiti dan premium.

Mini Lab mereka di Seri Kembangan, Selangor ini telah melakukan R&D pada wangian-wangian pheromone lebih 3 tahun sebelum mereka mengeluarkan produk jenama mereka sendiri. Walaupun pada asalnya fokus mereka bukanlah pada wangian pheromone, tetapi pada wangian premium untuk pasaran luar negara, akan tetapi di sebabkan ada diantara mereka itu merupakan individu yang terlibat secarta langsung dalam mebawa masuk produk-produk pheromone sejak 2004 lagi di Malaysia, maka pengaruh pheromone dalam wangian itu sangat kuat.

Bila ditanya kenapa produk pertama yang mereka hasilkan ini mengandungi pheromone, katanya mereka dah penat lihat pasaran pheromone Malaysia yang penuh dengan lambakan perfume pheromone yang tidak berkualiti. Majoriti pheromone perfume terbaru sejak 2020 ini merupakan pheromone tiruan yang diimport dari China. Jadi Alpha Series dihasilkan untuk educate pengguna tentang pheromone perfumes yang sebenar dengan kualiti premium.

alpha series

Alpha Series

Alpha Series merupakan series pertama yang dihasilkan oleh Bagaidikata Perfume Lab. Dalam series ini, mengikut perancangan mereka mungkin akan ada 5 line up untuk lelaki dan 5 line up untuk wanita. Setiap version yang di hasilkan akan memfokuskan pada pelbagai aspek. Contohnya V1 yang akan dilancarkan pada April 2022 ini memfokuskan pada SOCIAL DOMINANCE, LOVE & RESPECT.

Dalam posting ini, kita akan membincangkan tentang Alphamale V1 iaitu wangian khas untuk lelaki, jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Alphafemale V1 (untuk wanita) klik di sini untuk membaca review kami di posting seterusnya.

alpha

Alphamale V1 with Pheromone Booster

Version pertama dalam series Alpha Series untuk lelaki ini seperti yang saya nyatakan tadi adalah memfokuskan pada SOCIAL DOMINANCE, LOVE & RESPECT.

Pertama sekali, apa yang anda perlu tahu, keistimewaan besar wangian ini, sebab ia dihasilkan secara handcraft, oleh itu keupayaan untuk seimbangkan pheromone dalam wangian ini sangat tinggi. Seperti Alphamale V1, pheromone ini diseimbangkan kihas untuk mereka yang inginkan pergaulan sosial mereka dengan orang ramai di sekeliling mereka jadi lebih baik, percintaan atau meningkatkan rasa cinta pasangan dan juga aura yang memberikan penghormatan tinggi dari orang sekeliling.

25mg Pheromones per OZ

Kandungan pheromone yang dicampurkan dalam minyakl wangi premium ini juga antara yang tertinggi. Bayangkan dengan 25mg pheromones per oz dalam 50ml minyak wangi ini, berapa banyak pheromone yang ada, dan berapa hebat kesan yang anda akan dapat bila menggunakan wangian ini. Fuh! memang terbaik!

Antara jenis-jenis pheromone yang digunakan dalam wangian ini adalah :

  • Alpha androstenol – Melancarkan perbualan
  • DHEA – Tarik Perhatian
  • Oxytocin – Kepercayaan/ Ikatan
  • Androstadienone – Cinta
  • Androstenone – Meningkatkan ghairah
  • Oxytocin – Cinta, Rindu
menggoda

Pendapat kami mengenai wangian ini

Mesti ranai yang tertunggu-tunggu nak tahu apa pendapat kami tentang wangian ini. Jujur kami katakan ini memang FENOMENA BARU DALAM WANGIAN PHEROMONE DI MALAYSIA!

Dengan kualiti yang menyeluruh dari kotak, botol yang unik dan juga isi dalam dengan wangian yang premium berkualiti, di tambah pula dengan pheromone yang seimbang, memang menjadikan minyak wangi pheromone dari Bagaidikata Perfume ini No.1 di Malaysia!

Sangat berbaloi untuk anda cuba dan dijadikan sebagai koleksi.

Jom kita lihat 1 per 1 kenapa kami cakap minyak wangi ini bakal jadi fenomena 2022 ini dan sangat berbaloi untuk anda beli!

1.PACKAGING KOTAK/BOTOL

Kotak mungkin biasa sahaja bagi pendapat kami, sebab kami pernah lihat kotak yang lebih cantik dan unik. Akan tetapi botolnya memang sangat unik. Bukan seperti perfume biasa yang pernah anda jumpa di Malaysia.

Anda semua mesti berfikiran sama seperti saya. Bila tengok perfume-perfume dari Malaysia, botolnya lebih kurang sama sahaja. Ini kerana, minyak wangi mereka biasnaya dihasilkan oleh kilang yang sama. Cuma nama sahaja berbeza. Sebab itu mereka lebih kurang je dari segi wangian (selalunya inspired perrfume) dan design botol mereka.

Kami dimaklumkan, botol dari Bagaidikata perfume ini kesemuanya di custom ekslusif untuk jenama mereka. Mereka yang suka buat koleksi minyak wangi, wajib beli Alphamale V1 ini. Sebab lepas ini jika keluar verison 2, mungkin botol dah lain bentuknya.

2. WANGIAN

Wangian yang ada dalam Alphamale V1 ini sangat lembut dan tidak sakit hidung. Jika anda pernah beli wangian-wangian biasa yang di bawah harga Rm100, biasanya wangiannya terlalu kuat dan menyakitkan hidung. Ia tidak berlaku pada wangian ini. Aroma semburan awal dari perfume ini dah rasa sangat-sangat best! Fresh dan ada bau manis-manis. Kualiti wangian kalau tanya kami, kami dapat rasanya wangian itu sendiri walau tanpa pheromone, ia seperti wangian yang harga Rm700 ke atas.

Apa yang best, harumannya jadi lebih menarik bila kita berpeluh. Jadi make sure, anda pakai pada kulit anda. Aromanya akan naik bila badan kita panas dan berpeluh.

Baunya tahan sangat-sangat lama. Dari apa yang kami dah cuba, memang melebih 12 jam bau dia. So bagi mereka yang biasa lama kerja di luar, anda tak perlu risau. Balik rumah, masih bau lagi.

Kalau anda nak bandingkan bau/wangiannya dengan perfume biasa yang dijual di Malaysia, kami boleh cakap kualitinya macam langit dan bumi. Wangian Alphamale sangat-sangat premium dan ekslusif.

Jika nak dibandingkan dengan pheromone perfume yang ada pula, ini sesuatu yang anda perlu cuba. Saya berani jamin, lepas anda guna Alphamale V1, anda takkan beli lagi pheromone murahan yang biasanya di jual di facebook pada harga semurah 3 botol Rm100.

3. PHEROMONE BOOSTER

Pheromone dan claim yang mereka buat untuk pheromone mereka sangat-sangat realistik. Tidak overclaim. Ini kerana untuk version 1 ini fokus mereka untuk social dominance, love & respect. Dan jujur kami cakap, dari pemerhatian kami, kami dapat merasakan efek, kesan dari pheromone dalam wangian ini.

Ada 3 kejadian yang boleh kami simpulkan hasil dari percubaan menggunakan wangian ini selama 30 hari.

  1. Pergaulan dengan orang ramai, clients, kawan-kawan sekerja, dan orang awam jadi lebih menarik dan positif. Menarik maksud kami adalah ramai yang menegur ‘wangi’ membuatkan kita rasa lebih yakin bila berhadapan dengan orang ramai. kawan-kawan juga ada yang perasaans seolah-olah ‘kita dah lain’. Ramai tegur, ‘lain macam kau seakrang eh’. Bila ditanya apa yang lain macam, katanya nampak lain (lain yang positif) sedangkan baju pun baju lama, hanya minyak wangi je berbeza. Umpama wangian ini merubah penampilan kita di mata mereka terutamanya rakan-rakan wanita.
  2. Kualiti masa bersama isteri jadi lebih menyeronokkan. Susah nak bercakap bab ni. Tapi bagi mereka yang sudah lama berkahwin, dan ada anak ramai. Pasti faham apa yang kami maksudkan ini. Biasanya pada saat ini, perhatian isteri lebih kepada anak-anak dan sibuk dengan kerja rumah dan pejabat. Kadang-kadang kita seolah-olah tak diberi perhatian. Mungkin faktor persekitaran. Nak dapat masa intim bersama pun susah. Tapi sejak guna Alphamale V1, perubahan paling ketara yang boleh dilihat adalah perhatian isteri itu sendiri. Jadi lebih manja, lebih masa untuk bersama, suka menyendeng dan rapat-rapat dengan kita dan paling best sekali, kalau nak ‘ehem-ehem’ pun mudah sangat-sangat. Kalau dulu, alasan penat, ngantuk selalu digunakan. Tapi apa yang obvious sejak guna Alphamale V1 kali pertama, seminggu 3 kali ‘dapat bersama’. (bersama maksudnya, melakukan hubungan suami isteri).

Apapun, prinsip kami dalam jual beli pheromone perfumes ini tetap sama. Iaitu tahap keberkesanan untuk setiap orang itu berbeza. Sebab kita tak sama, jadi tak semua produk itu sesuai dengan kita. Sebab itu kita kena cuba. Kalau tanya kami, Alphamale V1 ini berbaloi tak untuk cuba? Jawapan kami SANGAT BERBALOI sebab ia wangian ini dicipta oleh anak Malaysia, jadi pheromone yang digunakan diseimbangkan untuk mereka yang ada di Malaysia. Maksudnya dari segi genetiknya dan suhu persekitaran kita.

alphamale v1

4. HARGA

Pendapat kami berkenaan harganya pula, ia sangat -sangat murah dan berbaloi. Dengan 50ml spray, jenis extrait de parfum iaitu kepekatan paling tinggi dalam wangian, dan 25mg pheromones per 0z, harganya sangat-sangat murah.

Ya! sangat-sangat murah, dan saya syak mereka pasti akan naikkan harga jika mereka sudah capai target jualan nanti.

Jika anda hendak bandingkan Perfume ini dengan perfume inspired biasa pun, harga ini lebih berbaloi kerana ia datang dengan wangian handcraft dan bau tersendiri, dan kepekatan wangian yang tinggi. Jadi baunya jadi lebih tahan lama.

jika hendak dibandingkan dengan harga pheromone perfume di pasaran juga, harga ini lebih murah dan berbaloi.

Anda boleh bandingkan sendiri…..

ALPHAMALE V1

KEBURUKAN ALPHAMALE V1

Takkan semua best je kan? Mestilah ada keburukan juga. Mana ada produk yang sempurna. Mesti ada sikit keburukan terselit. Jadi, berikut merupakan antara keburukan atau perkara yang kami tidak suka berkenaan Alphamale V1 ini :

  1. Oleh kerana setiap wangian dari Bagaidikata Perfumes dihasilkan secara handcraft (adunan atau campuran menggunakan tangan, jadi pengeluarannya tidak seperti perfume biasa. Stok untuk dijual tak banyak. Jika stok habis, anda kena tunggu untuk dapatkan produk ini. Untuk batch pertama yang dijual secara offline, kami perlu tunggu sehingga sebulan untuk mendapatkan stok baru. Jadi, jika anda berminat, jangan tunggu lama-lama terus dapatkan Alphamale V1 sewaktu jualan batch pertama secara online nanti.
  2. Jualan perfume ini tidak menggunakan agent, oleh itu kita hanya boleh dapatkan produk ini secara online sahaja. Tidak boleh cod dengan pengedar-pengedar di kawasan terdekat. Terpaksa la kita tunggu. Walaubagaimanapun, mereka ada sediakan penghantaran di KL dan SELANGOR pada hari yang sama. Order haritu, dapat haritu juga. Yang ini best la..Tapi kena bayar online.
  3. Kedaipheromone.com dapat hak untuk jual produk Alphamale V1, akan tetapi stok sangat-sangat sedikit. Tapi jangan risau, kalau stok kami dah habis, anda boleh terus order di web jualan official Alpha series sahaja. Kat sana lagi best, ada diskaun sempena pelancaran jualan online nanti. Untuk 100 terawal je tau.
bagaidikata perfumes

BAGAIMANA NAK DAPATKAN ALPHAMALE V1?

alphamale

Anda boleh dapatkan Alphamale V1 di link-link berikut:

KEDAIPHEROMONE.COM

Link : https://kedaipheromone.com/alphamale-v1-with-pheromone-booster/

BAGAIDIKATA OFFICIAL WEBSITE

Link : https://bagaidikata.com

ALPHA SERIES OFFICIAL WEBSITE

Link : https://alphaseries.my

**** DISKAUN RM30 untuk 100 pelanggan terawal

ALPHASERIES.BAGAIDIKATA.COM

Link : https://alphaseries.bagaidikata.com

**** DISKAUN RM30 untuk 100 pelanggan terawal

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
Whatsapp kami sekarang!
Hi Selamat Sejahtera, Ada apa-apa yang boleh saya bantu?