...

TIPS MENGORAT PAKWE/MAKWE CALON PILIHAN HATI

n CHRISTMAS GIFTS large

“Kakak, saya nak nikah. Umur pun sudah 24 tahun. Tapi saya tengok orang lelaki zaman sekarang sukar dipercayai. Camne ek?” isteri saya bercerita getus si anak dara sunti yang solehah kepadanya.

TIPS MENGORAT DARI SIRAH RASULULLAH SAW

1)NIAT DAN PERASAAN BERKENAN DIIKUTI DOA BERPANJANGAN

“Betul dia mahu nikah? Ada nampak tanda dia betul-betul mahu?”

Saya sekadar bertanya isteri. Jika benar kita mahu menikah, kita boleh nilai sendiri sejauh mana kita bersedia ke arahnya. Aspek kendiri, agama, kewangan, sikap tanggungjawab, kematangan cara dan mengurus hidup. Semua aspek.

Pasti kita pernah dengar kisah pernikahan Rasulullah saw dan Saiditina Khadijah binti Khuwailid, kan?

Setelah berakhirnya pernikahan pertama, Khadijah punya niat yang besar untuk bernikah lagi apabila terdengarkan kisah seorang pemuda bernama Muhammad. Terus berkenan di hati. Ya, nak nikah kena ada rasa berkenan di hati. Tambah teruja apabila diberitakan oleh Waraqah bin Naufal tentang jodohnya dengan seorang rasul. Ya, nak nikah kena cari calon yang baik-baik. Jangan main hentam sahaja. Maka Khadijah berdoa dan berdoa agar Allah swt menyampaikan jodohnya dengan pemuda terbaik itu. Pada usianya 40 tahun barulah Allah swt sempurnakan permohonan doanya.

Rasulullah saw pun punya niat nak menikah. Bapa saudara baginda, Abu Talib juga banyak berfikir untuk mencari jodoh untuk anak saudaranya itu dan risau tentang kewangan anak saudaranya itu. Berbekalkan niat inilah usaha dan doa untuk menghampiri pernikahan dipergiatkan termasuklah usaha Rasulullah saw menjadi pekerja Khadijah dalam rombongan perniagaan ke Syam.

“Adik tu berusia 24 tahun, kan? Jangan risau. Banyakkan doa dan memperbaiki diri. In-syaa-Allah jodoh akan tiba,” pesan saya ringkas kepada isteri.

2) ORANG TENGAH YANG DIPERCAYAI

Macam mana nak kahwin kalau tak kenal si dia terlebih dahulu? Ini soalan yang baik. Takut juga nak kahwin dengan orang yang tak dikenali. Manalah tahu si dia orang gila. Haru-biru jadinya nanti.

Dalam kisah Khadijah dan Rasul junjungan kita, pemuda bernama Maisarah yang merupakan saudara kepercayaan Khadijah menjadi ORANG TENGAH bagi menyiasat bagaimana sifatnya si pemuda bernama Muhammad ini. Baikkah orangnya. Amanahkah orangnya. Selepas selesai rombongan perniagaan, Maisarah pulang menemui Khadijah dan bercerita secara jujur bagaimanakah sifat Muhammad.

Selepas itu orang kepercayaan Khadijah yang bernama Atiqah dipanggil bagi mewakilinya untuk bertanyakan tentang kesediaan Muhammad untuk menikahinya.

Nampak tak? Khidmat orang tengah yanh dipercayai diperlukan untuk membantu kita mencari jodoh. Sama ada ibu bapa kita, ibu bapa si dia, pasangan rakan yang sudah bernikah. Rasulullah saw pun ada menggunakan khidmat sebegini. Kenapa pula kita perlu mengambil tindakan untuk bercinta secara dating dan berpacaran secara haram sebelum nikah? Kan tak elok tu.

“Jangan ajak si dia keluar dating. Sesuatu yang baik seindah pernikahan tidak wajar dimulakan dengan sesuatu yang buruk seperti keluar berdua-duaan,” isteri menyetujui pandangan saya dalam hal ini. Apatah lagi sekarang ini maruah dan keselamatan wanita dan anak gadis harus diberi perhatian serius dan dijaga sebaik-baiknya.

3) BERMUSAFIR

Satu cara praktikal yang diajarkan oleh agama kita untuk mengenali seseorang adalah melalui permusafiran bersamanya. Sebagai orang tengah, ajaklah calon pasangan itu untuk bermusafir ke mana-mana. Ambil masa. Dalam perjalanan sebegitu kita boleh mengenalpasti bagaimana sifat dan sikapnya apabila berbicara, tanggungjawab, pengurusan kendiri, matlamat hidup dan sebagainya. Boleh ajak bersembang, makan sama-sama. Tengok juga cara si dia handle masalah atau respon kepada perkara-perkara seperti kecemasan dan sebagainya.

“Eh! Nampak macam ada test pula? Nak jadi calon suami/isteri orang pun kena lalui test macam ni juga ke?”

Rasulullah saw dahulu pun melalui ‘test’ yang sama kot. Diajak menyertai rombongan perniagaan ke Syam dan diri baginda dinilai dalam banyak segi termasuk cara mengendalikan perniagaan, sifat ramah, menghadapi saat-saat cemas seperti kisah pendeta Yahudi dan sebagainya. Kalau Rasulullah saw pun diuji, kita ni takkanlah mudah-mudah sahaja. Betul tak?

4) PERIGI CARI TIMBA?

“Kak, kita kan perempuan. Takkanlah perigi pula nak cari timba. Malulah pula…” si anak dara sunti mengeluh malu.

Ada betulnya si dia malu. Tapi kalau diikutkan malu akhirnya tidak bernikah, akan jadi masalah juga.

Terpateri dalam sejarah hidup manusia, Khadijahlah yang telah menghantar rombongan melamar/meminang seorang pemuda agung bernama Muhammad bin Abdullah saw. Kalau ini adalah tindakan memalukan, mana mungkin Allah swt membenarkan hal ini berlaku kepada Nabi Muhammad saw iaitu kekasihNya?

Usah malu. Zaman sekarang orang sudah tidak guna perigi dan timba. Orang guna pili dan paip air. Buka/pulas/pusinh sahaja pili, air akan keluar. Tiada isu siapa perigi dan siapa timba.

5) FIKIR CARA MATANG

“Abang dan Kakak, pada usia muda macam saya tak ready lagi dengan duit untuk nikah. Yang lelaki pun kalau usia lebih kurang saya pun mungkin tak prepare duit untuk nikah. Sebab inilah kami belum nikah kot…” si bujang ini menginsafi ‘kekurangan’ diri.

“Tak perlu khuatir. Kalau tak punya duit, kita hanya perlu cari duit. Bekerjalah…” saya menjawab tenang.

“Tapi….”

“Tiada isu bertapi-tapi.. Semasa usia Rasulullah saw 24 tahun, Rasulullah saw tinggal bersama bapa saudara, Abu Talib yang sedang risau usia anak saudaranya sudah cukup layak untuk bernikah namun tidak mampu kerana kekurangan harta. Lalu Abu Talib mencarikan kerja buat Baginda sebagai seorang wakil perniagaan dalam rombongan perniagaan ke Syam yang dimiliki oleh seorang wanita bangsawan yang rupawan dan kaya bernama Khadijah binti Khuwailid. Rasulullah saw bekerja dengan bersungguh-sungguh agar mendapat upah yang selayaknya. Inilah yang dinamakan usaha.

Duit dan status kewangan tak perlu dijadikan sebagai penghalang. Sebaiknya, jadikan itu sebagai pencetus isu dan faktor yang perlu diselesaikan,” saya menyudahkan kata-kata.

“Ala… Camne ni? Saya berkenan kat dia la.. Dia lelaki lebih muda daripada saya la…”

Tidak mengapa. Dulu Rasulullah saw bernikah pada usia baginda 25 tahun. Isterinya Khadijah, berusia 40 tahun.

HG5ubQh

Pheromone Copulins Wanita

Pherolins for her

RM70.00
NEW!

Pheromone Lelaki

AJX Pheromen

RM90.00
NEW!

Pheromone Lelaki

AJX Pheromen (Spray)

RM200.00
Out of stock

Pheromone Lelaki

Pheromances Pheromone

RM70.00

Pheromone Lelaki

Phero-X Pheromone

RM70.00
Out of stock

Pheromone Copulins Wanita

Phero Pink

RM70.00
Out of stock

Pheromone Lelaki

Phero Prime Black

RM70.00
Sale!
PREMIUM!
Out of stock
Original price was: RM180.00.Current price is: RM97.00.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
Whatsapp kami sekarang!
Hi Selamat Sejahtera, Ada apa-apa yang boleh saya bantu?