Ramai antara kita yang selalu membincangkan tentang bagaimana ingin memikat wanita. Kita boleh lihat rata-rata artikel di internet, banyak teknik atau tips memikat wanita. Sedangkan zaman kini wanitalah yang sangat bermasalah dalam soal pikat memikat ini. Kami di kedaipheromone.com mendapat banyak pelanggan yang ingin memikat lelaki untuk dijadikan pasangan atau menggoda suami mereka untuk kehidupan suami isteri yang lebih bahagia.
Ini mungkin kerana ramai yang berpendapat lelakilah yang seharusnya memikat wanita dan wanita harus dipikat. Akan tetapi, bukankah wanita juga ada keinginan terhadap lelaki idaman mereka sendiri? dan ingin memilikinya dan tidak mahu ia terlepas pada lelaki lain. Memikat bukanlah bermaksud anda perlu pergi mengorat mana-mana lelaki, akan tetapi memikat yang kami maksudkan adalah untuk tampil memikat sehingga membuatkan ramai lelaki ingin mendekati anda.
Oleh itu, hari ini kami kongsikan pada anda tips asas untuk anda memikat lelaki atau suami anda dengan pantas. Juga terdapat teknik bonus yang membuatkan lelaki lebih terpikat dengan anda.
1. Jadi Cantik
Kecantikan adalah segalanya bagi seorang lelaki. Namun, kecantikan yang di pandang seorang lelaki tidak hanya pada rupa paras dan bentuk fizikal semata-mata. Sekarang, ramai lelaki lebih sukakan wanita yang ikhlas mencintai dirinya berbanding mengejar seseorang yang tidak ikhlas. Bagi lelaki, ikhlas adalah kecantikan yang mereka cari. Cantikkan hati anda, pasti lelaki tersebut akan terpikat.
Jadi cantik dan cantik sejak lahir adalah perkara yang berbeza. Ramai wanita yang tidaklah cantik mana sehingga boleh memenangi pertandingan Ratu Cantik. Akan tetapi mereka ini nampak sangat cantik di mata lelaki.
Biasanya, mereka ini ada ciri-ciri untuk yang lelaki inginkan. Ciri-ciri biasa yang ramai lelaki suka seperti nampak bersih dan menjaga penampilan. Ciri-ciri ada wajib ada pada mana-mana wanita yang ingin tampil lelbih memikat di mata lelaki.
.
2. Jadi Penyokong Setia
Walaupun lelaki nampak seperti makhluk yang kuat, mereka sebenarnya makhluk yang lemah. Anda berikan dorongan kepada dia dan sokong dia sepenuhnya. Lelaki tersebut pasti akan hargai anda yang sentiasa menyokongnya.
Menyokong mereka tidak akan menjadikan mereka lelaki yang lemah lagi kerana psikologi lelaki berbeza berbanding wanita. Lelaki yang disokong oleh wanita akan menjadi lebih kuat dan lebih berjaya.
.
3. Jadi diri sendiri.
Anda tidak perlu tukar cara anda hidup semata-mata kerana anda ingin mengejar seorang lelaki. Lelaki tidak suka perempuan yang hipokrit. Lelaki lebih suka mencintai seorang wanita yang selesa menjadi dirinya sendiri.
Ingat! apa yang anda tonjolkan ketika berkawan atau mengenali lelaki idaman anda itu adalah apa yang lelaki bayangkan ketika dia menjadi isteri anda. Jika anda tonjolkan sesuatu yang bukan diri anda, anda juga yang susah kerana mendapat lelaki yang mungkin tidak sesuai dengan anda suatu hari nanti. Nak memikat lelaki sudah tentu lelaki yang boleh menerima kita seadanya.
.
4.Jangan cepat menyerah.
Ketika dalam proses berkenalan dan berkawan, anda jangan cepat menyerah kepada lelaki tersebut. Sebaliknya, anda jual mahal sedikit dan biarkan dia sedikit berusaha untuk memikat anda.
Lagi susah dapat, lagi seronok dia rasa nak mendapatkan anda walaupun anda sendiri dah syok sangat dengan dia. Akan tetapi janganlah sampai jadi sombong dan tidak menunjukkan minat langsung. Secara analoginya, buat seperti tarik tali dan lepaskan kemudia tarik kembali apabila tali itu dah dipegang dengan kuat.
.
5. Jadi pendengar yang setia.
Lelaki biasanya tertarik pada wanita yang bersikap seperti wanita. Antara sifat wanita yang paling mereka suka adalah memahami kaum lelaki dengan menjadi pendengar yang setia. Apabila anda bersikap menjadi pendengar yang baik, ia menunjukkan anda ambil berat akan hal dia.
Lelaki sangat suka mereka yang ambil berat tentang mereka. Ini fakta yang anda kena pegang kuat-kuat. Ada ramai perempuan yang dapat memenangi hati lelaki hanya dengan bagi perhatian penuh kepada mereka. Lelaki sifatnya ingin jadi Raja! Sebab itu perhatian sangat penting. Ini teknik memikat lelaki yang paling halus!
6. Jadi penggoda
Lelaki sangat suka wanita penggoda. Jika anda cantik secara semulajadi, kulit merah delima sekalipun tetapi anda selalu sendu tidak pandai menggoda, percayalah tidak ada mana-mana lelaki yang akan terpikat dengan anda.
Lelaki tulen sukakan wanita penggoda.
TIPS BONUS UNTUK MEMIKAT LELAKI
7. Pikat lelaki menggunakan minda separa sedar mereka.
Gunakan perfume atau minyak wangi yang mengandungi pheromone dan copulins. Minyak wangi seperti ini mempunyai kandungan bahan kimia yang boleh membuatkan lelaki lebih terpikat dan tergoda kepada anda melalui minda bawah sedar mereka. Mereka yang sering terdedah dengan copulins dan pheromone ini akan sering merindui dan merasakan anda wanita terbaik untuk mereka.
Cubalah minyak wangi pheromone dan copulins hari ini. Kedaipheromone.com merupakan store online pheromone yang berpengalaman sejak 2007 lagi dalam mengedar minyak wangi pheromone dan copulins yang berkualiti tinggi.
FAQ - APA ITU PHEROMONE
- Lebih banyak mata memandang dan senyuman daripada orang lain
- Anda akan ditemui lebih diri anda jadi lebih memikat secara fizikal
- Lebih banyak temujanji dan seks
- Membangkitkan keghairahan dalam hubungan cinta
- Bercinta lebih bersemangat
- Rakan sekerja anda akan berasa lebih selesa dan tenang dengan anda
- Orang lain akan memulakan perbincangan dengan anda
- Meningkatkan keberanian anda
- Jantina yang sama akan secara semulajadinya menganggap anda ada aura yang kuat
- Hubungan perniagaan/kerja yang lebih baik