Phero-X Shopee FAKE – Ramai TERTIPU – Phero x original vs fake

phero x shopee fake - phero x original vs fake

Hai Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera pada semua rakan pelanggan setia Kedaipheromone.com. Topik hari ini panas sedikit. Mungkin akan mengundang kemarahan beberapa pihak terutamannya seller Phero X Shopee. Sudah lama saya tahan untuk menulis berkenaan topik macam ini sebenarnya, tapi disebabkan kami terlalu sedih melihat terlalu ramai yang tertipu di sana. Rakan pelanggan yang pernah membeli di Kedaipheromone.com pun ada juga yang tertipu dengan tawaran harga yang murah di sana. Jadi, hari ini kita akan bongkarkan berkenaan betapa fakenya phero x shopee dan juga berkenaan dengan Phero X original vs fake. InshaaAllah jemput baca hingga habis dengan hati terbuka ya.

Nota: Bukan phero-x sahaja. Pheromances dan lain-lain juga ada fake!

Pertama sekali, suka saya ingatkan bahawa topik ini bukan bertujuan nak memburuk-burukkan mana-mana peniaga. Sebab kita tahu yang pilihan sebenar adalah di tangan pengguna atau pembeli itu sendiri. Kalau tak ada yang membeli, dah tentu penjual fake pun akan gulung tikar. Cuma perbincangan hari ini mungkin lebih kepada memberi peringatan kepada mereka yang ingin memiliki barang original dan bukan sekadar barang yang harganya murah.

Kami sendiri sejak bertahun lama meniaga Phero-X ini, memang ramai yang bertanya. Phero-X shopee tu ori ke? Yang murah tu ori ke bang? Phero-X kat sana tu murah ja bang, kenapa sini mahal? Dan macam-macam soalan yang sering dipertanyakan. Jawapan kami biasanya sama sahaja..

Skrip kami untuk persoalan seperti itu biasanya; NO COMMENT la bang, harga kami jual ni memang harga yang dah ditetapkan. Kami dah jual Phero-x ni sejak 2007 lagi bang. Kalau abang rasa suka beli yang murah & percaya dengan seller tu, abang beli la dengan dia.

Bukan apa, salah satunya kami sendiri tak suka menghukum seller itu fake, seller ini fake. Sebab kadang-kadang seller itu sendiri tak tahu bahawa barang yang dijual bukan original. Sebab supplier cakap ori, diorang pun cakap ori lah. Dan yang paling penting pengguna itu sendiri apabila sering bertanya soal di sana murah, disini murah.. biasanya memang jenis yang suka beli barang murah. Dah panjang lebar kita explain pun, last sekali dia beli juga yang murah dan fake itu. Bila dah tertipu, datang balik beli dengan kita dan seperti biasa terpaksa la kami mendengar luahan perasaannya yang ditipu itu. (saya masih simpan screenshot pelanggan-pelanggan macam ini tapi tak manis kalau saya tunjukkan.)

phero x shopee

Phero X Shopee

Modus Operandi Phero-X Fake di Shopee

1. Gambar Original

Seperti biasa modus operandi mana-mana peniaga fake adalah berkenaan gambar. Mereka akan menggunakan gambar-gambar original. Seperti dalam kes phero x, memang banyak gambar Phero-X Original di gunakan, sehinggakan gambar-gambar kedaipheromone.com pun ada digunakan di sana. Gambar original ini penting, kerana pembeli yang membeli di Shopee biasanya adalah pembeli-pembeli yang pernah mendapatkan info-info dari seller lain sebelum ini (sebab info di shopee tak banyak pun) , akan tetapi mencari pula di shopee untuk mendapatkan harga yang lebih murah, ataupun sudah terbiasa dan lebih mudah berurusan di shopee. Jadi, apabila menggunakan gambar phero x original, mudah menarik minat mereka yang mengetahui tentang phero-x itu terus membeli disana. Bagaimana pelanggan nak bezakan phero x original vs fake jika mereka gunakan gambar original?

2. Harga Murah

Harga murah merupakan ‘senjata hebat’ bagi peniaga-peniaga barangan fake. Siapa yang tak suka jualan murah kan? Semua orang suka. Sebab itu jugalah ramai yang mudah tertipu dengan peniaga-peniaga tidak bertanggungjawab seperti ini. Paling menyedihkan, ramai juga yang pernah menggunakan Phero-X ori, dek kerana harganya murah, ada juga yang tertipu. Apapun semua pilihan di tangan anda kan.

Nota: Cerita pasal harga murah. Beberapa tahun dulu saya pernah dihubungi oleh seller shopee yang menjual Phero-X tiruan. Sebelum ini dia pernah borong dengan kedaipheromone.com. Tapi tak banyak , sebulan dalam 30 botol. Tapi haritu dia offer nak beli 1,000 botol tapi harga yang ditawarkan terlalu murah. Saya menolak dengan baik cakap terlalu murah, tak balik modal boss. Tiba-tiba jawapan seterusnya dari ‘beliau’ amat-amat mengecewakan. Katanya macam ini ,

Saya jual Phero-X tiruan di shopee tuan. Untung 1 produk Rm1-RM2 sahaja. Sebab kami target kuantiti. Kalau sebulan ada 1,000 unit terjual, ada la untung sikit rm1000. Ada bulan baik, dapatlah rm2000. Bukan banyak pun, cari makan je. Saya borong dari tuan tu, sebab saya campur dengan yang fake. Kalau orang beli lebih 2 botol, saya bagi 1 botol original. Kalau tuan boleh bagi saya harga murah, saya boleh jual original,tak payah jual fake lagi dah. Tapi harga macam yang saya nak tu lah. Sebab kawan saya pun ada jual ori, dia pun target kuantiti, untung rm1 je.

Kemudian, saya memang menolak permintaannya sebab modal saya pun tak lepas dengan harga yang diminta. Lagipun kalau dia dapat jual barang ori dengan harga fake tersebut, macam mana nasib seller lain yang hari-hari beriklan, cerita info sana sini. Takkan diorg pun nak untung rm1 juga?? Memang zalim. Serius zalim. Yang jual murah di shopee tu pun boleh dikategorikan sebagai ‘tak berhati perut’ sebab kami penat-penat sebarkan manfaat, beriklan sana-sini, awak boleh pulak buang harga suka-suka? Sebab target kuantiti untung rm1. Jahanamlah perniagaan orang lain kalau macam tu.

 3. Phero X Testimoni

Phero x review

Phero X testimoni seperti biasa tuan-tuan, kalau untuk iklan, memang akan ambil dari seller-seller ori. Bukan susah tuan-tuan, boleh je copy kat mana-mana website or iklan-iklan jualan yang ada. Testimoni dari pelanggan yang sudah membeli di shopee? Seperti biasa, jika pembeli itu sebelum ini tidak pernah menggunakan yang original, sudah tentu dia menyangka produk yang dibeli itu ori. Tapi kalau yang dah pernah menggunakan yang original, pasti akan tahu bezakan mana yang ori dan mana yang fake. Apa yang mengejutkan kami adalah, ada juga review disana yang mengatakan Phero-x yang dibeli itu fake, tapi sebab harganya murah,dia tak kisah lah. huhu sedihhh. Phero x review di shopee cuma buktikan barang sampai dengan selamat sahaja.

phero x testimoni

Phero X Original Vs Fake

Disebabkan terlalu ramai yang bertanya berkenaan perbezaan phero x original vs fake ini, dan perkara ini sebenarnya kami sudah ceritanya semuanya di ruang jualan kami disini – Phero-X Pheromone Original – Since 2007 . Tapi demi anda pencinta-pencinta kebenaran, untuk posting kali ini kami ceritakan semua secara ringkas untuk anda. Kenali phero x original vs fake dari aspek-aspek di bawah ini.

Nota penting : Kami sememang tidak suka mendedahkan perbezaan-perbezaan phero x original vs fake seperti ini kerana perbezaan yang kami tunjukkan mungkin hanya akan berguna pada anda waktu itu sahaja. Ini kerana pihak tiruan akan maklum tentang perbezaan tersebut dan cuba untuk ‘improve’ supaya nampak lebih meyakinkan. Lebih teruk lagi, ada yang sanggup membuat ‘mislead info dengan menyampaikan info yang mengelirukan’ dengan menukar fakta yang kami berikan. Sebagai contoh, jika ori ada tulis A dan fake tak ada, mereka akan sampaikan info sebaliknya iaitu Fake Ada tulis A dan ori tak ada tulisan A. Kelirukan?

1. Kotak & Botol

Perbezaan yang mungkin ramai terlepas pandang, adalah pada botol Phero-X original dan fake itu sendiri. Biasanya Jenis Font yang digunakan akan sedikit berbeza. Font tiruan kalau anda yang sudah biasa menggunakan yang ori, akan nampak sedikit pelik. Bermacam-macam jenis yang kami dah jumpa, mungkin mereka sering tukar kotak untuk nampak ‘lebih original’.

phero x original vs fake
phero x original vs fake

Botolnya juga ada macam-macam version. Antara perbezaan yang ketara adalah pada kemasan tulisan Phero-X yang dicop pada botol dan juga cop timbul di penutup phero-x membuktikan phero-x original russia. Ada juga phero-x tiruan yang sudah upgrade penutup dengan cop sama seperti tiruan. Jadi ini memang sangat mengelirukan pengguna. Nombor siri pada penutup botol tiruan juga biasanya terlalu kecil.

phero x original vs fake

2. Isi dalaman / Liquid

Cerita berkenaan isi dalaman ataupun liquid ini memang best. Sebab warna liquid Phero-X biasanya akan ‘kerbiruan’ atau kadang ‘kehijauan’ sedikit. Warna liquid ini tidak pekat. Ia bergantung pada kepekatan pheromone & wangian yang digunakan. Sejak lebih 10 tahun kami menjual phero-x, memang warna yg diterima kadang-ada sedikit perubahan. Akan tetapi tidak lari dari warna kebiruan..atau biru cair.. Tetapi warna liquid Phero-X fake ada bermacam-macam warna. Biru pekat, hijau pekat, kuning pun ada. Dan untuk pengetahuan anda, warna liquid ini tidak menjamin phero-x itu ori atau tiruan sebab anda boleh warnakannya. Bayangkan jika anda tahu warna liquid original adalah biru, kemudian anda beli tiruan, dan warnanya sama, adakah warna itu menentukan originalitinya? Mudah tertipu bukan? Sebab itu kami sering mengelak untuk menerangkan panjang lebar tentang perbezaan ini, kerana tetap ia sesuatu yang boleh ditiru. Nama pun tiruan kan. Masih banyak faktor yang perlu anda titik berat jika hendak tahu phero x original vs fake.

3. Harga

Berkenaan harga pula, phero-x tiruan biasanya memang harganya murah dan murahnya itu memang jauh lebih murah dari harga original. Jika  phero x original vs fake dah tentu fake lebih jadi pilhan kerana harganya terlalu murah. Kerana jika mereka terkantoi menjual produk tiruan, pengguna tidak terlalu marah, kerana murah! dan kalau marah pun, memang senang-senang untuk refund semula. Best kan meniaga macam tu?

Ada original juga harga murah gila-gila di shopee? Tidak dinafikan memang dahulu memang ada yang buang harga di shopee. Sekarang rasanya yang murah semuanya tiruan. Saya sendiri pun dah pening. Mana-mana produk pun sama. Modus operandi meraka mudah, target kuantiti. Tapi kesianlah dengan ejen-ejen yang lain yang menjual harga sepatutnya. Untung rm1 jual 2000 botol memang best. Tapi apa nasib mereka yang lain? Kalau saya nak buat, saya pun boleh buat. Tapi saya fikirkan ejen-ejen dan pemborong-pemborong lain yang bertungkus lumus berniaga untuk menyara keluarga di luar sana. Bak kata pepatah Paklong di kampung, ” Tak kena kat kita takpala….kena ataih batang hidung sendiri baru hang rasa! “

Bagaimana nak dapatkan Phero-X Original yang confirm original?

Kesimpulannya, walau beribu kali pun kami ceritakan perbezaan antara phero x original vs fake ini, pasti akan ada yang tertipu juga. Sebab nama pun tiruan. Kepakaran mereka sudah semestinya meniru. Hari ke hari pasti ada perubahan menjadikan barang yang fake itu sudah tak dapat dikenalpasti lagi kepalsuannya.

Dapatkanlah Phero-X Original anda dari pengedar-pengedar sah. Kami di Kedaipheromone.com dah berniaga bersama-sama sejak 2007 lagi. ANda boleh terus beli di website ini, atau boleh cod phero-x dengan pengedar-pengedar phero-x sah kami di seluruh Malaysia. Biaralah mahal sikit, janji original. Jom support kami untuk pastikan kami terus dapat bertahan dalam situasi pandemik yang tidak menentu ini. Kalau anda tak support kami, habis bermaharajalela lah geng-geng fake di luar sana.

Tapi kalau ada diantara sukakan barang yang murah,walaupun fake. Itu pilhan anda.

Sekian, Semoga sejahtera semuanya.

Pheromone Copulins Wanita

Pherolins for her

RM70.00
NEW!

Pheromone Lelaki

AJX Pheromen

RM90.00
NEW!

Pheromone Lelaki

AJX Pheromen (Spray)

RM200.00

Pheromone Lelaki

Pheromances Pheromone

RM70.00

Pheromone Lelaki

Phero-X Pheromone

RM70.00
Out of stock

Pheromone Copulins Wanita

Phero Pink

RM70.00
Out of stock

Pheromone Lelaki

Phero Prime Black

RM70.00
Sale!
PREMIUM!
Out of stock
Original price was: RM180.00.Current price is: RM97.00.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
Whatsapp kami sekarang!
Hi Selamat Sejahtera, Ada apa-apa yang boleh saya bantu?