Ramai lelaki yang berumur..30-an..40-an masih belum berkahwin? Orang kata bujang terlajak..Nak kata tak hensem,hensem.Kacak bergaya,kaya..Tapi masih tak ada teman hidup.Kenapa ya?
Agak sensitif la kan topik-topik macam ni.Sebab dulu kami pun ada kawan-kawan yang bujang terlajak macam ni.Dah sedar umur lanjut,kelam kabut cari calon.Ada yang sampai orang indonesia,siam,vietnam pun dah tak kisah.Sedangkan dulu punyalah memilih.hihihi
Jom tengok faktor yang mungkin buatkan mereka si bujang terlajak ini tak kawin-kawin.
Masih terkenang-kenang makwe lama
– Benda ni memang biasa jadi…. kekadang orang cakap macam bangang tetapi sikap individu ni kekadang memang kita pelik yer dak..? kami ada juga seorang kawan yang bila orang tanya alasan kenapa tak kawin lagi jawapan dia sebab ingat awek lama.. derm..!!!!
Kaki games atau mat kereta
Ini lagi satu masalah yang jadi dekat lelaki… bila dia dah melekat dekat suatu minat yang sangat mendalam memang dia tak kisah kalau takda awek.. lagi-lagi yang gila dengan kereta ni.
Duit habis banyak wo dengan kerena lagi kalau siapa yang join club kereta lagi la sebab penuh dengan aktiviti kalau join club kereta ni…kami dulu pun pernah terlibat..hehe..,
Ada lelaki ni dia lebih rela kawin dengan kereta ni sebab bagi seseorang layan perempuan ni leceh…(padahal dah pernah kecewa)
Terlalu mendesak dan memilih
– Sikap lelaki yang terlalu medesak ni sebenarnya kami pun tak paham kenapa.., kalau dia dah suka perempuan tu dia dah jadi macam gila bayang yang agak bangang…, cuba la kau letakkan diri kau dekat perempuan tu…, bila jumpa jer kau didesak macam-macam mesti la orang rimas yer dak..?
– Lagi satu yang terlalu memilih ni.., ini biasa jadi pada yang ada kedudukan ataupun bekerjaya…, bukan la takleh memilih dalam islam pun suruh pilih isteri yang baik..tetapi ni terlalu memilih..awek tu ada lesung pipit terus tanak..awek tu pakai minyak wangi tanak..awek tu saiz kasut dia 8 tanak…derm..!!!!!
Terlalu mengharap – Lelaki yang terlalu mengharap ini ialah jenis yang nak tunggu perempuan ngorat dia dulu.., dia dah suka dengan perempuan tu tapi tah kenapa konfiden level dia tak tinggi nak pergi ngorat.., bro..”milo ais dekat kedai mamak kalau nak minum pun kene order dulu inikan pula hati wanita..” hehe
Takut dikecewakan
– Ini benda yang kira biasa jadi jugak…, jenis lelaki yang dah pernah kapel dengan beberapa wanita tetapi putus ditengah jalan… alololo cian dia.. hahahahaha, lelaki jenis macam ini sebenarnya jenis yang setia..tapi dia bercinta tak berjaya dan sering ditipu so dia dah malas fikir pasal perempuan.. kalau member2 tanya bila nak ada awek jawapan yang dah biasa ialah “malas la aku pikir”
HEHEHE..Banyak lagi lah faktor-faktor yang memungkinkan lelaki tu terlajak bujang kan kan..Tapi apapun Ajal Maut tu semua Kuasa Allah..Selagi boleh usaha,usaha lah..kalau tak mampu,redha,..Mungkin ada yang terbaik untuk kita.
Tapi kalau nak berserah saja tak boleh jugak.Bukankah Nabi kata “Bukan di kalangan umatku mereka yang tidak ingin berkahwin.”.Jangan berputus asa..InshaaAllah ada jalannya