4 sebab kenapa isteri anda tidak tertarik untuk adakan aktiviti seksual.
Jika isteri anda menolak untuk adakan hubungan seks, pasti ada sesuatu yang menganggu fikiran dia. Anda perlu segera ambil tahu dan selesaikan masalah ini dengan segera jika anda mahu hubungan anda berdua berkekalan. Anda boleh gunakan maklumat yang bakal saya beri di dalam artikel ini untuk kenal pasti masalah isteri anda. Dari punca masalah, anda boleh pujuk isteri anda untuk atasinya. Berikut adalah empat sebab yang mungkin mempengaruhi isteri anda untuk menolak hubungan seksual.
Takut.
Psikologi sentiasa memainkan peranan yang penting pada wanita. Jika mereka takut, mereka tidak akan lakukannya. Ada wanita takut kalau – kalau hubungan seks adalah sangat menyakitkan. Ada juga yang takut untuk mempunyai anak dan mereka rasa mereka tidak bersedia untuk rasa kesakitan melahirkan anak. Perasaan takut ini membuatkan mereka menolak ajakan anda untuk berhubungan seksual.
Pandangan yang negatif.
Ada wanita yang tidak suka berhubungan dengan pasangannya kerana mereka jijik dengan aktiviti seks. Mereka malu melihat kemaluan pasangan dan tidak mahu kemaluan mereka di sentuh oleh lelaki. Perasaan negatif ini akan mempengaruhi mereka untuk menolak perlawaan seks dari si suami.
Faktor biologi.
Apabila isteri anda baru melahirkan anak atau sedang mengandung atau memasuki umur pra monopos atau sakit, rembesan hormon adalah berbeza dari kadar normal. Jadi, mereka tidak ada mood untuk adakan hubungan seks.
Masalah luar
Isteri anda menolak ajakan seks dari anda mungkin di sebabkan dia takde mood. Mungkin dia ada pergaduhan di tempat kerja atau tertekan dengan masalah hidupnya. Wanita suka berfikir dan jika fikiran mereka serabut, mereka pasti tidak ada mood untuk adakan hubungan seks.
Keempat – empat sebab di atas adalah penyebab utama kenapa isteri anda menolak ajakan seks anda. Anda atasilah masalah yang timbul menggunakan kebijaksanaan anda.